Breaking News

Dah brpisah tp hubungan tetap baik, Sekali ini pula balas nabila

Pelakon, pengacara, dan pengarah, Sharnaaz Ahmad memberikan ucapan istimewa sempena hari lahir bekas isterinya, Noor Nabila yang ke -39, pada 4 September hari ini.
Sharnaaz menerusi hantaran di Instagram menitipkan ucapan terima kasih buat Nabila kerana menjadi seorang ibu yang terbaik buat anak lelaki mereka, Jebat Jayden Ahmad.
“Happy birthday Mommeh. Thank you sebab jadi mummy yang terbaik untuk Jebat. Sentiasa beli toys dan cuti yang best best. Semoga mummy sentiasa bahagia dan murah rezeki..”-titip Sharnaaz buat Nabila di Instagram.

Mengakui anak lelakinya itu sangat beruntung kerana memiliki seorang ibu yang kelakar dan ‘annoying’, Sharnaaz turut menaruh harapan agar Jebat dapat menjaga ibunya sehingga mereka menutup mata.

“Jebat sangat beruntung ada mummy yang kelakar dan annoying dalam masa yang sama. Semoga Jebat Jayden boleh jaga mummy sampai mummy dan baba tutup mata. Aamin.”-tulis Sharnaaz lagi.

Nabila Beri Respon. Perkongsian Sharnaaz juga mendapat respon dari Nabila yang turut berterima kasih kepada pelakon ini yang sering menghargai dirinya.

“Aminn thank you u. Annoying tu bagus. Penyedap rasa orang kata. Thank you for the wish. Terima kasih kerana sentiasa menghargai saya.”-balas Nabila

Sekadar info, Sharnaaz Ahmad pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017. Mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Walaubagaimanapun, pasangan ini membuat keputusan untuk berpisah secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sumber : Murai

About admin

Check Also

Saya senyap je sebelum ni.. Jgn sampai Saya..” Belum sembuh luka pernikahan dibatalkan.. Harini Mimi terus Umum..

Difahamkan dari laporan XTRA, pelakon jelita Mimi Lana meluahkan rasa kecewanya terhadap seseorang di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *