Breaking News

kami dah takde apa2..”- 4 Thn bersama, Riena Diana sahkan status hubungan dgn Nik Afiq kini.

Saya rasa sebelum ini sudah banyak kali kisah cinta saya diperkatakan… daripada putus cinta kemudian berbaik semula.

“Jadi sekarang ini saya hanya mahu fokus pada kerjaya dan tidak mahu ada sebarang gangguan yang boleh membuatkan saya hilang konsentrasi,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, pelakon drama Kampung People itu memuat naik hantaran di Instastory apabila ada pengikut bertanyakan mengenai hubungannya dengan bekas kekasih iaitu Nik Afiq.

Aktres berkenaan menjelaskan dia kini tidak terikat dengan mana-mana lelaki dan mengakui dirinya masih single.

Kata Riena, dia berkongsi perkara itu di media sosial sekadar untuk tidak mahu menimbulkan salah faham di masa hadapan.

“Saya berkongsi di media sosial pun kerana tidak mahu hubungan kami disalah erti. Kali ini, keputusan untuk berpisah dibuat oleh saya dan dia (Afiq).

“Saya menghormati dengan keputusan yang dibuat demi kebaikan bersama, lagi pun kami masih menjalani hubungan sebagai kawan baik.

Ada banyak lagi perkara yang perlu saya capai dalam hidup ini, bukan sekadar bercinta dan berkahwin sahaja,” ujarnya.

Pada Disember tahun lalu, Riena mendedahkan hubungan cinta empat tahun bersama Afiq sudah berakhir dengan perpisahan.

Kata Riena, meskipun sudah tidak mempunyai ikatan namun mengakui masih menyayangi bekas kekasihnya itu.

Selepas lebih sebulan mengumumkan kembali solo, aktres berkenaan mengakui hubungannya dengan bekas kekasih kembali bertaut.

Enggan meletakkan sebarang status dalam hubungan mereka, pelakon itu sebaliknya menjelaskan mereka sedang dalam proses memperbaiki kesilapan masing-masing dan berserah kepada jodoh jika akan terus kekal bersama.

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *