Breaking News

Akhirnya trjawab punca cahaya muncul tiba2, Ramai trkejut ini jawapan Pakar

Pelbagai reaksi dan teori konspirasi timbul susulan penularan klip video memaparkan objek asing bercahaya melintasi ruang udara sekitar ibu negara, Kuala Lumpur, dipercayai dirakam Rabu lalu.

Ketua Penerbangan Mencari dan Menyelamat UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT), Profesor Madya Mejar Bersekutu Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata, tapa perincian saintifik, tidak dapat dipastikan apa sebenarnya objek asing berkenaan.

“Lazimnya ini tidak dilakukan oleh sebuah pesawat pada penerbangan normal dan hanya berlaku jika pesawat mengalami kerosakan atau kecelaruan atau hanya dilakukan pada pameran aerobatik,” katanya.

Menurutnya, objek asing berkenaan bercahaya tidak seperti pesawat normal dan pengeluaran haba dari objek itu menunjukkan kemungkinan berlaku kebakaran di keseluruha permukaannya.

“Adalah mustahak untuk kita melakukan ‘flame analysis’ terhadap objek terbabit untuk mengetahui lebih lanjut tentang objek berkenaan di atas faktor keselamatan ruang udara negara.

Lazimnya ‘flame analysis’ dapat dilakukan menggunakan ‘fuzzy logic’ atau ‘neural network’ di mana nyalaan api diperincikan dari segi nilai cahaya, spektrum, halaju nyalaan, stabiliti, dan sebagainya bagi mengenal pasti ciri- ciri objek berknaan menggunakan kaedah saintifik yang berstruktur,” katanya.

Terdahulu media melaporkan satu rakaman video yang memaparkan objek asing bercahaya melintasi ruang angkasa negara pada malam Rabu lalu tular, sehingga mengundang pelbagai ‘teori’ oleh pengguna media sosial.

Klip video yang tular di media sosial selepas dimuat naik pengguna Tik Tok bernama Styfly Malaysia selain dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp.

Pemilik video itu merakam objek asing itu dipercayai menggunakan perakam berteknologi tinggi sewaktu pertunjukan bunga api menjelang sambutan kemerdekaan negara ke-66, yang berlatarbelakangkan pemandangan bandar raya Kuala Lumpur.

Sumber: Hmetro

About admin

Check Also

Saya senyap je sebelum ni.. Jgn sampai Saya..” Belum sembuh luka pernikahan dibatalkan.. Harini Mimi terus Umum..

Difahamkan dari laporan XTRA, pelakon jelita Mimi Lana meluahkan rasa kecewanya terhadap seseorang di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *