Breaking News

Tak jauh dri lokasi, satu lagi kapal terbang terhempas di Elmina.

Tragedi pesawat ringan terhempas yang mengorbankan 10 nyawa di Elmina, di sini, pada Khamis merupakan insiden pesawat kedua berlaku di kawasan itu selepas kejadian pertama membabitkan Japan Airlines Flight 715 meragut 34 nyawa pada 46 tahun lalu.
Dalam nahas pada 27 September 1977 itu, seramai 26 penumpang dan lapan anak kapal maut apabila Japan Airlines Flight 715 terhempas di sebuah bukit di Ladang Elmina yang ketika itu masih ladang getah.
Pesawat terbabit dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Haneda di Tokyo, Jepun dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang sebelum menuju ke Singapura.
Bagaimanapun, pesawat McDonnell Douglas DC-8 yang keseluruhannya membawa 69 penumpang dan 10 anak kapal itu terhempas kira-kira 6.44 kilometer daripada LTSAAS sebelum sempat mendarat.

 

Dilaporkan daripada kesemua penumpang yang menaiki pesawat tersebut, 29 merupakan warganegara Jepun.
Dalam nahas itu, selepas dua jam penerbangan, kawalan trafik udara LTSAAS memberitahu Japan Airlines Flight 715 untuk memulakan pendaratan di landasan 15.
Pesawat berkenaan terbang di bawah paras minimum 228 meter, kemudian pada paras 91 meter sebelum terhempas ke tepi bukit.
Ekoran itu, pesawat itu rosak disebabkan impak hentaman dan serpihan dari nahas itu dapat dijumpai di tanah di sekitar ladang itu.
Insiden berkenaan juga menjadi kemalangan pesawat kedua terbesar di Malaysia pada masa kejadian.
Nahas yang berlaku itu juga kembali tular di media sosial selepas berlakunya insiden kedua di lokasi sama pada Khamis.

Dalam insiden terbaharu itu, polis mengesahkan 10 individu maut dalam insiden pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie, Elmina, di sini, pada jam 2.40 petang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini semua mangsa dipercayai berusia antara 40-an hingga 50-an yang mana lapan daripadanya adalah penumpang dan kru pesawat.
Katanya, dua lagi mangsa adalah pemandu sebuah kereta dan penunggang motosikal yang kebetulan lalu di lokasi kejadian.
Media turut melaporkan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun antara yang dikhuatiri maut dalam nahas pesawat ringan terhempas berkenaan.
Sumber: Sihar Harian, Twitter

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *