Breaking News

“Tnggulh balasan Allah nti..”- Baru je pegi Umrah, Sulaiman Yassin tiba2 S0und Janna Nick & suami..

Pelakon dan juga pelawak, Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin tampil meninggalkan pesanan buat pasangan selebriti, Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann.

Pesanan berbaur kurang senang itu dibuat Mat Over setelah Janna dilihat membuat aksi romantis iaitu memeluk Dini ketika berada di lapangan terbang, baru-baru ini.

Pelawak berusia 71 tahun itu menegur pasangan itu yang didakwa bermesra secara terbuka di tempat awam dan seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk kebahagiaan.

Walaupun suami isteri, tapi kalau niat ingin menunjuk-nunjuk pada orang ramai yang kita ni pasangan bahagia, tunggulah balasan daripada Allah S.W.T.

Namun begitu, niat menegur Mat Over itu nampaknya tidak dapat diterima baik sesetengah netizen di media sosial.

Kata netizen, Mat Over seperti cemburu melihat kemesraan pasangan selebriti itu yang sememangnya dikenali sering menunjukkan kebahagiaan di media sosial.

Apa yang sampai nak tunggu balasan Allah? Kalau tidak boleh tengok orang senang, kena periksa semula hati kita. Bersangka baik sahajalah.

Terdahulu, Janna dirakam berpelukan dengan Dini di KLIA sebelum berpisah kerana tuntutan kerja di tanah suci Mekah.

Mat Over sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dia telah menampar penerbit David Teo ketika sesi siaran langsung sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama mantan perdana menteri, Daruk Seri Najib Razak pada tahun 2017 yang lalu.

 

About admin

Check Also

Hilang enam insan tersayang, Abdur Rahman berterima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia

Anak sulung kepada mangsa nahas kemalangan jalan raya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Abdur Rahman Amir …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *