Breaking News

Ada insan baik dtg jumpa, Anak sulung tk sangka rezeki dtg selepas musibah menimpa.

Sebuah syarikat pelancongan menyatakan hasrat bagi menaja pakej umrah untuk remaja lelaki yang kehilangan enam insan tersayang akibat kemalangan jalan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada Jumaat lalu.
Menerusi akaun Facebook rasmi, Jay Ibrahim Al-Islam Umrah Hajj Premium Ticketing & Tours memaklumkan pihaknya sudah dapat menghubungi Abdul Rahman Amir Ruddin, 19, selepas menguar-uarkan tentang hasrat tersebut.
“Alhamdulillah. Kami telah dapat hubungi adik Rahman dan inshaAllah sebentar lagi kita akan berjumpa dan ziarah adik Rahman,” tulisnya dalam satu kemas kini di ruangan komen pada sebuah hantaran.
Pada masa sama, syarikat berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada warganet yang membantu dalam menghulurkan maklumat selain berharap usaha mereka akan dipermudahkan Allah SWT.
“Terima kasih sekali lagi. Rakyat Malaysia sememangnya sangat prihatin. Lets spread the positivity.

Doakan usaha kecil kami ini dipermudahkan dan dpt memberi manfaat kepada adik Rahman dan keluarga serta mendapat keberkatan Allah,” katanya.
Pagi tadi, Jay Ibrahim Al-Islam memuat naik satu hantaran yang bermurah hati untuk membawa Abdul Rahman menunaikan umrah secara percuma.
“Mohon kerjasama followers salurkan info yang sahih tentang adik ini. Siapa ada kontek adik nih. Saya nak sponsor pergi ke umrah. Tolong hubungi saya. Saya terus hantar next trip ke Makkah,” ujarnya.
Abdul Rahman kehilangan ibu bapa, Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43, selain empat adik-beradik iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.
Seorang lagi adiknya, Abdullah Amir Ruddin, 15, yang cedera parah masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Segamat.
Sumber: Facebook Jay Ibrahim Al-Islam Umrah Hajj Premium Ticketing & Tours, OMM

About admin

Check Also

Hanya beberapa saat pisahkan guru dan 2 murid dengan ajal, Allah gerakkan hati pecut kereta potong pemandu Grab

MESKIPUN sudah dua hari berlalu, namun satu persatu kisah mengenai tragedi pesawat Beechcraft Model 390 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *