Breaking News

Jenazah ‘rider’ selamat dikebumi, rupa-rupanya kerja siang malam bantu tanggung kos adik kahwin

Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan. Niat ‘rider’ ingin memudahkan urusan membina masjid buat adik perempuannya tidak kesampaian apabila terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam.

Syukur urusan arwah dipermudahkan

Menurut laporan dari Harian Metro, adik arwah, Noorhidayah Muhammad Salleh, dia bersyukur apabila segala urusan membawa pulang jenazah abangnya itu dipermudahkan dengan bantuan pelbagai pihak.

“Saya tak tahu apa kebaikan abang saya sehingga Allah permudahkan segala-galanya untuk dia kembali kepada Allah,” katanya.

Mulianya hati seorang abang…

Semasa hidup, arwah pernah meluahkan hasrat untuk mencari wang bagi membantu membiayai kos perkahwinan adik perempuannya.

Sebagai anak sulung dari 5 beradik, arwah sanggup bekerja siang dan malam bagi mengumpul wang biaya perbelanjaan tersebut.

Abang ada maklum nak balik awal…’

Menurut Noorhidayah, pada hari kejadian, abangnya itu memaklumkan yang dia akan pulang awal ke rumah.

Namun siapa sangka, ‘rumah hakiki’ yang menjemputnya dahulu.

“Abang kata dia memang nak balik awal, hari ini dia memang balik awal,” ujarnya.

Sekadar info, Muhammad Hafiz, 32 tahun merupakan salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat ringan kelmarin dan dikebumikan di perkuburan Islam Masjid Al Huda Kampung Jerong, Sungai Petani, Kedah.

Sumber: Harian Metro Noorazura Abdul Rahman, Berita Harian Hafidzul Hilmi Mohd Noor

About admin

Check Also

Hanya beberapa saat pisahkan guru dan 2 murid dengan ajal, Allah gerakkan hati pecut kereta potong pemandu Grab

MESKIPUN sudah dua hari berlalu, namun satu persatu kisah mengenai tragedi pesawat Beechcraft Model 390 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *