Breaking News

Perjalanan terakhir Allahyarham Muhamad Hafiz diiringi air mata ibu, jenazah dihantar pulang ke Sungai Petani untuk urusan pengebumian

JENAZAH Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, pekerja penghantaran makanan yang terkorban dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, dihantar pulang ke kampung halamannya di Kedah pada pagi Sabtu untuk urusan pengebumian.

Ibu Allahyarham, Jamilah Ismail tidak dapat menahan kesedihan ketika jenazah anaknya dibawa masuk ke dalam van jenazah di Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang.

Van jenazah bergerak ke kampung halaman Allahyarham di Sidam, Sungai Petani, Kedah dengan diiringi polis.

Sementara itu The Star melaporkan, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan pada sidang media di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang berkata jenazah Muhamad Hafiz telah diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Jenazah telah diserahkan kepada Jais pagi ini dan mereka akan mengatur perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah, mengikut kehendak keluarganya,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata Jabatan Kimia masih mengenal pasti lebih 200 sampel.

“Ada sampel yang sukar untuk diuji tetapi daripada ujian DNA, kami telah mengenal pasti satu mayat.

“Selain ujian DNA, kami juga telah menjalankan pengecaman cap jari dan Bukit Aman telah mengenal pasti lapan padanan yang boleh membawa kepada pengecaman lapan mayat,” katanya lagi.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh tergesa-gesa dalam proses itu kerana perlu memastikan jenazah diserahkan selengkap mungkin kepada waris.

“Kami bekerja 24 jam sehari. Apa yang boleh kami katakan ialah Jais akan melakukan ‘mandi jenazah’ dan sembahyang dan kami menasihatkan keluarga meneruskan pengebumian.

Pada Khamis lalu, seramai 10 individu termasuk lapan orang di dalam sebuah pesawat ringan terbunuh selepas pesawat itu terhempas berhampiran Elmina di Selangor.

Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Seorang pemandu e-hailing dan seorang pekerja penghantaran makanan yang menunggang motosikal di laluan tersebut, turut maut apabila pesawat itu terhempas.

Mereka dikenal pasti sebagai Sharipuddin Shaari dan Muhamad Hafiz.

Sumber:Mstar

About admin

Check Also

Jenazah ‘rider’ selamat dikebumi, rupa-rupanya kerja siang malam bantu tanggung kos adik kahwin

Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan. Niat ‘rider’ ingin memudahkan urusan membina masjid buat adik …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *