Breaking News

Dulu kemain marah Shuib” Netizen tak puas hati tindakan baru Jep dlm Sepahtu Reunion..

Pelawak popular, Jep Sepahtu telah mengundang rasa kurang senang daripada kalangan netizen kerana dia didakwa membuat lawan berunsur lucah di pentas, Sepahtu Reunion Live, semalam.

Dapat dilihat dalam laman TikTok, satu video memaparkan babak Jep bersama Elly Mazlien yang ketika itu memegang bernama Zack.

Jep menyuruh Zack untuk berpakaian seperti wanita dengan mengambilkan sehelai blouse dan meyakinkan Zack bahawa dia akan kelihatan cantik bila memakainya.

Susulan itu, Zack dengan selambanya membuka bahagian luar jaket yang dipakai hingga membuatkan Jep berasa terkejut dan meminta dia memakainya semula.

Zack pakai balik. High beam tu.
Dialog yang dilontarkan itu telah membuat Jep terhibur dengan lawaknya dan berkata lagi bahawa penglihatannya silau kerana high beam berada di depan.

komen

Bagaimanapun, tindakan melontarkan dialog yang didakwa lucah seperti itu membuatkan netizen berasa kurang senang dan persoalkan adakah lawak lucah sudah dinormalisasikan kini.

About admin

Check Also

Jenazah ‘rider’ selamat dikebumi, rupa-rupanya kerja siang malam bantu tanggung kos adik kahwin

Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan. Niat ‘rider’ ingin memudahkan urusan membina masjid buat adik …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *