Breaking News

Hilang enam insan tersayang, Abdur Rahman berterima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia

Anak sulung kepada mangsa nahas kemalangan jalan raya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Abdur Rahman Amir Ruddin, 19, meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas segala kiriman doa, kata-kata semangat dan keprihatinan seluruh rakyat Malaysia atas insiden menimpa keluarganya.

Terima kasih semua…

Abdur Rahman berkata, dia tersentuh dan terharu dengan sikap keprihatinan seluruh rakyat Malaysia buat dirinya yang baru sahaja kehilangan ibu bapanya, Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43.

Malah, empat lagi adiknya iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, turut terkorban pada Jumaat lalu.“Saya Abdur Rahman Amir Ruddin merupakan anak arwah kepada.. senang cerita enam jenazah yang viral baru-baru ini.

“Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak terhingga atas segala doa-doa anda semua.
“Betullah orang cakap, rakyat Malaysia ini memang prihatin. Terima kasih, sayang korang (anda semua),”luahnya menerusi sebuah hantaran video di aplikasi TikTok.

Dalam hantaran video yang sama, Abdur Rahman juga meminta agar warganet untuk tidak mudah menyebarkan sesuatu info tanpa membuat sebarang semakan mengenai kesahihan sesuatu perkara.

Tujuan saya buat video ini, saya nak memperbetulkan apa yang salah… sebab sekarang ini, iyalah kuasa di hujung jari, kan? Macam-macam boleh jadi. Benda yang tak betul jadi tersebar. Benda betul, jadi tertutup dan tidak diketahui.
“Saya cuma mahu meminta kepada semua warga pengguna media sosial dipanggil nurtizen.. Kalau kita kena sebarkan sesuatu itu, pastikan ia benda yang sahih terlebih dahulu. Tak bagus sebarkan benda tak sahih,”ujarnya.

Rahman kuat!

Rata-rata warganet memuji ketabahan dan kekuatan Abdur Rahman yang kelihatan sangat bersahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku dalam kehidupannya.

Masing-masing tersentuh dengan cara kematangannya mengawal emosi selain tidak henti mendoakan agar segala urusan remaja ini dipermudahkan.

Sumber: TikTok @rahmanlah

About admin

Check Also

Saya senyap je sebelum ni.. Jgn sampai Saya..” Belum sembuh luka pernikahan dibatalkan.. Harini Mimi terus Umum..

Difahamkan dari laporan XTRA, pelakon jelita Mimi Lana meluahkan rasa kecewanya terhadap seseorang di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *