Hiburan
Nama Naik Dituduh Kaki Sondol, Fiza Halim Buat Laporan Polis – “Jadi Siap Sedialah!”

Empat hari berdiam diri sejak namanya dipetik berhubung kisah keretakan rumah tangganya sebelum ini, pelakon Fiza Halim tampil membuat laporan polis pada Ahad.Jelas Fiza, dia terpaksa mengunci mulut daripada memberikan sebarang kenyataan sebagai menghormati nasihat pihak berkuasa yang sedang menyiasat.
Selain polis, segala mesej yang komen yang diterimanya akan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).”Apa yang boleh saya beritahu kat sini, selama 4 hari ni saya berdiam diri tak nak ulas apa-apa sebab pihak polis mengarahkan saya supaya tidak membalas atau menjawab apa-apa pertanyaan.Hal ini kerana segala DM, komen yang saya dapat selama empat hari ini telah dipantau oleh pihak SKMM dan jugak pihak polis. Semua masih lagi dalam siasatan…Akaun saya ini dah pun dirujuk ke bahagian pihak yang berwajib.”Saya ingin memohon maaf kerana tak dapat nak beri sebarang kenyataan. Bukan saya berniat nak mengelak, tetapi saya terpaksa kunci mulut terlebih dahulu,” jelasnya.>Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.>Tegas Fiza lagi, soal siasat akan dilakukan kepada pihak yang mengirim mesej atau menulis komen berbentuk makian dan hinaan terhadapnya.”Untuk pengetahuan semua, segala DM dan komen berbentuk aib, hinaan, cacian dan makian selama empat hari yang saya dapat ni dah pun sampai ke pihak SKMM.Jadi bersiap sedialah ya semua yang pernah hantar DM dan komen kepada saya, akan disoal siasat…. Tak mau cakap banyak, kita tunggu dan lihat saja,” ujarnya.
Tindakan Fiza itu dipuji oleh rakan selebriti dan menganggap ia langkah yang betul bagi mengelakkan diri terus dibuli netizen.
Beberapa hari lepas, nama Fiza menjadi bualan netizen di Twitter selepas seorang individu dipercayai bekas adik iparnya membongkar situasi sebenar yang berlaku dalam rumah tangganya.Pemilik akaun bernama Afrina Farzana itu mendakwa Fiza menjadi orang ketiga dalam perkahwinan abangnya dengan bekas isteri.
Untuk rekod, Fiza telah bercerai menerusi perkahwinan ketiganya pada 22 Julai tahun lalu menerusi aplikasi WhatsApp.
Pelakon itu pertama kali mendirikan perkahwinan dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan dikurniakan dua cahaya mata, Feera Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.Mereka bercerai pada 4 November 2010 selepa empat tahun berkahwin.
Fiza seterusnya berkahwin dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013. Mereka kemudian bercerai pada September 2016 dan tidak dikurniakan cahaya mata.Menerusi perkahwinan ketiga dengan juruterbang, Aizat Al Jefri pada Disember 2016 itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Baby Aleena kini berusia hampir tiga tahun.
Sumber:Astro gempak
Hiburan
Shuib, Watie Nikah 23 Jun 2023 Tanpa Majlis Resepsi, Syukur Dapat Tajaan RM1.7 Juta

Pelakon dan pelawak Shuib mengumumkan tiada sebarang majlis resepsi untuk perkahwinannya bersama pasangannya, Watie Hanifah yang akan berlangsung pada 23 Jun ini.
Menurut Shuib, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dan hanya melangsungkan majlis khatam, berinai dan akad nikah.
“Untuk majlis pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah. Tetapi, takkan ada majlis resepsi kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
“Majlis ini kami adakan sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah itu akan ada pelamin. Jadi, dapatlah bergambar bersama keluarga.
Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya nak ini menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga,” katanya.
Perkara itu telah dikongsikan oleh Shuib ketika ditemui di sesi sidang media Walimatulurus Shuib dan Watie, di Astro Bukit Jalil, hari ini.
Selain itu, Shuib juga memaklumkan mereka telah mendapat tahaan mencecah lebih RM1 juta sempena majlis itu.
“Untuk penajaan, ia membabitkan majlis khatam Al-Quran, berinai sehinggalah akad nikah. Nilainya mencecah lebih RM1 juta termasuklah barangan kemas.
“Tetapi, bukanlah semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga,” jelasnya.
Shuib juga menyatakan majlis itu hanya terhad kepada 600 tetamu dan akan diadakan di Putra Glass House, Putra Height.
Majlis ini juga akan ditayangkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis serta perjalanan cinta Shuib dan Watie, Walimatulurus Shuib dan Watie.
Program tiga episod itu akan menemui penonton secara esklusif bermula 24 Jun, 9 malam di Astro Ria.
Terdahulu, pasangan Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.
Sumber:Xtra
Hiburan
Disangka lelaki tunjal kepala wanita, pengguna FB buat laporan polis – “Ramai serang aku”

Seorang pengguna laman Facebook terpaksa membuat laporan polis selepas terdapat netizen menyangka dia adalah suspek lelaki yang mengasari seorang pemandu wanita berhubung penularan sebuah video di media sosial sejak semalam.
Menurut Mamatt Khalid XV, salah faham terjadi apabila seorang individu dalam senarai rakan Facebook ‘menyeru’ nama akaunnya pada video tular tersebut sebelum warganet mula menjalankan ‘tugas’ mereka.
Penafian! Pelaku bukan saya
Mamatt berkata, susulan kekeliruan yang timbul, dia seolah-olah terkejut apabila diserang oleh ‘tentera bawang’ sehingga membabitkan ahli keluarganya.
“Disebabkan ramai yang serang aku kat komen dengan messenger mengatakan aku ni adalah si musibat (suspek lelaki) yang kat dalam video yang viral ni.
“Aku dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bukan aku pelaku dalam video tersebut. Disebabkan salah sorg dalam friendlist aku tag nama aku. Tak memasal aku kena serang bertubi-tubi.
“Harap pemilik video dengan adik dia (mangsa) dapat bagi pencerahan. Aku dah hubungi dua beradik ni tapi takde respon,” tulisnya.
Tambah Mamatt, tindakan membuat laporan di Balai Polis Gombak, Selangor adalah untuk melindungi dirinya serta ahli keluarga apatah lagi fitnah yang dilemparkan orang ramai.
Setelah berbincang dengan mereka uang terdekat dan mendapatkan nasihat daripada peguam. Dan yakin segala bukti memang mencukupi.
“Kita teruskan, demi maruah keluarga kecik aku. Habis anak, bini, arwah bapak aku kena petik. Untuk “mereka-mereka” yang serang aku dari 2.30 petang hingga maghrib tadi (semalam). Ada hadiah untuk kalian,” katanya.
Terdahulu, suspek lelaki yang berusia 29 tahun bertindak menunjal kepala pemandu wanita berpunca daripada perselisihan faham di jalan raya.
Menurut laporan Utusan, kejadian itu berlaku pada petang Isnin ketika mangsa yang berusia 24 tahun dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah bersama adik lelakinya.
Bagaimanapun, penyelia kilang di Serdang, Selangor itu sudah direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan.
Sumber: Facebook Mamatt Khalid XV, Utusan (Asliza Musa),Omm
Hiburan
Lelaki Tunjal Kepala Pemandu Wanita, Selebriti Luah Rasa Berang!-“Nak Kenal Bab* Ni..”

Baru-baru ini tular satu video di Facebook yang memaparkan seorang lelaki yang memarahi seorang wanita yang didakwa telah memandu secara berbahaya.
Lelaki berkenaan turut bertindak mengetuk cermin kereta pemandu itu sebelum mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak memukul kepala mangsa.
Video yang tular itu turut mendapat reaksi oleh pelakon, Yana Samsudin menerusi hantaran di Instagram, mempersoalkan tindakan lelaki berkenaan yang memukul pemandu wanita itu.
“Tak gentle la pukul perempuan. Roadbully camni kena kasi ajar sikit adab dan etika sebagai manusia.”-kapsyen Yana Samsudin di Instagram
Barisan Selebriti Luah Rasa Berang!
Dalam pada itu, perkongsian Yana turut dihujani dengan komen netizen serta rakan selebriti Rozita Che Wan, Zulin Aziz, Nana Sheme, Neeta Manis, Sharif Zero, Mustaqim Bahadon, Haiza Hanafi dan ramai lagi yang berang dengan lagak samseng lelaki berkenaan yang biadab terhadap mangsa.“Nak jugak kenal bab* ni!! Kuqang ajaq sangat….eeee.”- Rozita Che Wan
Aikk lelaki ke perempuan takyah la pukul. Ini bukan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Sedih bila tengok benda macam ni.”- Brian Masterchef
“Kalau dia betul buat salah bang nak sound dia terserah abangkah tapi abang naik tangan tu adeh..”-Mustaqim Bahadon
“Sapa dia, tak kenal!!!.”-Haiza Hanafi
“Abang ni ngan perempuan dia tepuk-tepuk lah. Cuba abang gadang besar yang bawak kereta tu. Suka hati je tepuk dahi orang. Siap cakap tak kenal dia siapa. Gangster pun tak buat macam ni bang. Dia tau bukan lawan dia. Memang taraf-taraf gangster pukul perempuan ke apa.”-Zuliz Aziz
Menurut laporan Harian Metro, lelaki yang dirakam memukul kepala pemandu wanita itu telah ditahan pihak polis dan dibawa ke Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut.
Sumber:Murai my
-
Hiburan5 months ago
Tahniah.. Eman Manan & Ogy Akhirnya Disatukan Kembali? Ini Cinta Yg Terputus Tidak Dapat Diganti..
-
Hiburan5 months ago
Masih Ingat Pelakon Irma Hasmie? Selepas 11 tahun berkahwin,Tak sangka begini Kehidupannya skrg “ dah jadi macam ni”..
-
Hiburan2 months ago
Takda masalah, dia isteri kedua ayah..” Anak2 sudah jumpa Ira Kazar.. Tak sangka ini pendedahan Syamsul bila mereka berjumpa..
-
Hiburan3 months ago
“Latu request nak jafi Ratu”- Alha Alfa
-
Hiburan2 months ago
Nampak perubahan kamal..mereka pun masih takvt kerana..” Setelah kejadian Haritu, Ini keadaan terkini Kamal adli
-
Hiburan2 months ago
Sha adalah mngsa pndera4n..” Shil Amzah bongkar rahsla besar keluarga
-
Hiburan2 months ago
Ibu Syamsul titip pesan,, untuk puteri sarah buat n3tizen sebak
-
Hiburan2 months ago
Anak tlada MasaIah..dah tahu saya Nak bercerai.. Dia terus..” Baru je selesai mahkamah, Ini yg Ank sarah cakap