Connect with us

Berita

Ridzuan Hashim nampak sugul, pencilkan diri tepi tangga… Video sambut raya bersama Didie dan anak-anak jadi perhatian

Published

on

VIDEO sambutan Hari Raya Aidilfitri keluarga pelakon dan pengacara Didie Alias kembali mendapat perhatian netizen selepas bekas suaminya, Ridzuan Hashim meninggal dunia pada pagi Khamis.

Apa menarik perhatian, sambutan itu turut disertai oleh Allahyarham yang diadakan di sebuah vila ditempah khas di Melaka dan turut disertai oleh anak-anak mereka selain ahli keluarga lain.

Difahamkan, itu kali pertama sambutan hari raya secara besar-besaran Didie, 51, bersama Ridzuan selepas mereka bercerai sejak 21 tahun lalu.

Menerusi video berkenaan, Ridzuan, 61, kelihatan tidak bertenaga malah anaknya sempat merakamkan pelakon dan bekas model itu duduk di tepi kolam renang sambil termenung.

Didie turut mengesahkan pemergian bekas suaminya di Instagram.

Arwah juga dilihat tidak bermaya ketika berbual, selain kelihatan sugul dan tidak bersemangat walaupun dikelilingi suasana meriah sempena Syawal dan saudara mara.

Ridzuan juga dilihat seakan-akan memberikan senyuman tawar ketika bergurau senda bersama anaknya yang seolah-olah bukan kebiasaan sifat dirinya.

Malah ketika bergambar kenangan bersama seluruh ahli keluarga, arwah dilihat memencilkan diri dengan berdiri di tepi tangga dan kelihatan tidak bersemangat ketika membuat ucapan hari raya

Malah ketika bergambar kenangan bersama seluruh ahli keluarga, arwah dilihat memencilkan diri dengan berdiri di tepi tangga dan kelihatan tidak bersemangat ketika membuat ucapan hari raya.

Namun begitu, berita sedih diterima pada Khamis apabila, anak saudara Allahyarham iaitu pelakon Iman Zulkarnain mengesahkan Ridzuan meninggal dunia sekitar pukul 11 pagi.

Iman memaklumkan arwah tiba-tiba rebah ketika sedang bersarapan di rumahnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Didie menerusi Instagram miliknya turut mengesahkan berita pemergian Ridzuan dan memaklumkan jenazah masih berada di Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan sebelum jenazah dikebumikan di Hulu Langat, Selangor.

Didie turut memberi peluang kepada ahli keluarga, sahabat dan kenalan untuk menziarahi jenazah arwah selain turut memohon semua dosanya diampunkan.

“Saya memohon kepada semua, sesiapa yang ingin menuntut hutang boleh menghubungi saya. Ampunkan dan maafkan Allahyarham,” katanya.

Allahyarham dilahirkan pada 13 Ogos 1961 di Kuala Lumpur dan berkahwin dengan Didie pada tahun 1991 namun perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga 2002.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan lima orang anak iaitu Nurdania, 30, Mohd. Danial, 29, Dinie, 27, Danie, 25, dan Diana, 24.

Antara filem lakonan Allahyarham ialah Antara Dua Hati (1988), Hati Bukan Kristal (1990), Lurah Dendam (1996), Ghazal Untuk Rabiah (1997), Sri Dwi Malam (2001), Cinta 200 Ela (2002) dan KL Gengster.

Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik FFM ke-9 menerusi filem Hati Bukan Kristal.

Sumber:Mstar

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

Tak cukup tunjal kepala, wanita saksi abang baju merah lempang pekerja restoran – “Dia lempar makanan, tampar staf berkali-kali”

Published

on

By

TOPIK ‘abang baju merah’ semakin hangat diperkatakan apabila seorang wanita tampil berkongsi cerita mendakwa menjadi saksi tentang perilaku kasar individu sama di sebuah restoran steamboat di Cameron Highland baru-baru ini.

Menerusi beberapa siri video pendedahan di TikTok, wanita berkenaan mendakwa individu tersebut bertindak menampar pekerja di restoran berkenaan berkali-kali, dipercayai kerana makanan yang dipesannya lambat tiba.

Pendedahan itu ternyata mengejutkan warga maya.

Berkongsi cerita, wanita itu berkata kejadian tersebut berlaku pada 4 Jun lalu ketika dia sedang menjamu selera bersama keluarganya di restoran sama.

Dia dah tampar sekali, kami macam malas nak ambil port (ambil tahu) kerana mungkin ada apa-apa masalah.

“Semasa dia nak pergi bayar, dia cakap-cakap dan lempar makanan… kemudian tampar staf berkali-kali,” dakwanya mengimbas kembali kejadian.

Tindakan ganas itu membuatkan salah seorang ahli keluarga wanita tersebut bersuara agar kekecohan tersebut dapat dihentikan.

Kalau lambat satu jam pun kena sabar… kalau tak boleh sabar, angkat kaki dan pergi. Kita nak ambil mood nak makan, ni kat tempat awam.

“Apabila saya cakap nak hubungi polis dan kemudian dia datang ke meja saya dan berkata supaya jangan masuk campur,” katanya lagi.

Tidak berhenti begitu saja, dia terus memarahi wanita ini yang menyebabkan salah seorang ahli keluarganya bangun untuk meredakan pertengkaran.

Pun begitu, dia tidak berundur sehinggalah isterinya datang menarik tangan.

Menjengah ke ruangan komen, kakitangan restoran berkenaan yang didakwa menjadi mangsa keganasan lelaki tersebut tampil bersuara.

“Terima kasih kepada keluarga akak ni sebab stand up untuk saya dan staf lain,” katanya ringkas.

Dalam pada itu rata-rata warga maya mula tertanya-tanya tentang personaliti ‘abang baju merah’ berkenaan.

“Daripada cerita adik ni… kita dah tahu abang baju merah tu perwatakannya macam mana.

“Kalau bukan seorang penyabar jangan pergi Cameron Highland masa cuti. Memang kena sabar hadap trafik sesak dan di kedai makan.

“Suami aku pun panas baran, kalau sebelum menikah tu lagi teruk. Sekarang kalau nak lindung jaga aku pun, tak ada la sampai macam tu,” ujar beberapa warga maya.

Kisah ‘abang baju merah’ kecoh selepas dia bertindak memarah dan menunjal kepala seorang wanita pemandu Perodua Myvi gara-gara didakwa memandu secara berbahaya sewaktu perjalanan dari Cameron Highlands.

Tidak lama selepas itu, lelaki yang bekerja sebagai penyelia kilang di Serdang, Selangor tersebut ditahan polis dan direman selama tiga hari bermula Rabu.

Perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah terhadap suspek berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Siti Hanum Mohmad Shah di Mahkamah Majistret Tapah, Perak.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mendatangkan cedera serta Seksyen 506 dan 509 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah dan perbuatan mengaibkan kehormatan.

Sumber:Mstar

Continue Reading

Berita

“Teman Sudah ditangkap.. “.. Dia guna pisau potong ayam..Ika Di bakar pukul 10malam semalam.. Rupanya sudah ada..

Published

on

By

Update : Selesai siasatan awal.. berita lanjut???? masih mencari lagi rakan subahat/pelaku

sumber socmed; arwah perempuan berumur 21 tahun, yatim piatu yang baru kematian ibu.. dibakar dibunuh dah dibelah perut dengan tragis kerana perbalahan kerana telah mengandung kandungan luar nikah berusia 4 bulan.

Mayat terbakar di kebun kelapa sawit

Lelaki tikam, toreh, bakar kekasih hamil

SABAK BERNAM – Seorang lelaki diibaratkan dirasuk syaitan apabila bertindak kejam membunuh dan membakar teman wanitanya sebanyak dua kali di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini.

Tindakan tidak berperikemanusian itu dilakukan suspek berusia 20 tahun selama dua hari bermula kelmarin selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa yang berusia 21 tahun.

Selain memukul dan menoreh perut kekasihnya yang merupakan pelayan restoran itu, suspek juga dipercayai turut sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa .

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat mangsa, kira-kira pukul 8.15 pagi semalam.

Katanya, siasatan mendapati wanita yang hamil empat bulan itu dibawa suspek menaiki sebuah kereta sebelum dibunuh dan dibakar di kebun tersebut, kira-kira pukul 10 malam kelmarin.

“Namun, suspek kembali ke sekitar lokasi sama untuk sekali lagi membakar mangsa semalam dengan menaiki motosikal dan membawa tong berisi petrol.

“Lelaki yang mahu melupuskan mayat itu kemudian dipercayai membuang semua bahan bukti termasuk barangan mangsa di sekitar Jalan Lama Kuala Selangor,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini, hari ini.

Pasangan kekasih itu dipercayai menjalin hubungan sejak setahun lalu sebelum berlaku perbalahan akibat kehamilan tersebut.

Jelas Agus Salim, siasatan lanjut membawa kepada penahanan suspek dalam tempoh lima jam selepas penemuan mayat itu iaitu kira-kira pukul 1.45 petang hari sama di sebuah rumah sekitar Sungai Besar dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, mayat mangsa yang terbakar 60 peratus ini masih berada di Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasatan. – KOSMO! ONLINE

Continue Reading

Berita

Anak sulung Rita Rudaini patah tangan

Published

on

By

Pelakon popular, Rita Rudaini, 47, meminta netizen berhenti dari mengaitkan nama bekas suami, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dengan kehidupannya bersama anak-anak.

Rita berkata, dia kini sudah hidup tenang dan bahagia bersama dua anaknya.

Rita berkata, dia juga bertanya kepada netizen apa jasa bekas suami kepada anak-anaknya sebelum ini.

“Adakah mereka pernah tengok saya ‘post’ (hantaran) sebarang hadiah atau pemberian daripada bekas suami kepada anak-anak sebelum ini? Tiada bukan?

“Justeru, saya minta netizen tidak lagi mengaitkan bekas suami dengan apa yang saya ‘post’ di media sosial mengenai anak-anak kerana tidak mahu mengganggu emosi mereka yang sedang membesar,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai kemalangan yang menimpa anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 14, yang dikongsi di Instagram, Rita berkata, Rayyan patah tangan ketika bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di sekolah, minggu lalu.

“Pihak sekolah yang membawa Rayyan untuk mendapat rawatan di Hospital Tampin, Negeri Sembilan. Selepas tangannya yang patah itu disimen, saya menukarnya ke pusat perubatan di Kuala Lumpur.

“Selepas beberapa hari di rawat, Rayyan dibenarkan pulang ke rumah. Rayyan juga perlu menjalani fisioterapi setiap minggu di pusat perubatan itu.

“Buat masa ini, saya yang menjaga Rayyan di rumah sehingga keadaannya pulih sepenuhnya untuk kembali ke sekolah kerana dia tinggal di asrama,” katanya.

Rita berkata, Rayyan kini seolah-olah mengalami gangguan emosi disebabkan keadaan fizikal yang membataskan pergerakannya.

“Emosinya tak tentu juga. Kadang-kadang dia okey dan banyak cakap. Kadang-kadang tak nak bercakap langsung. Tertekan sebab sebelah tangan je boleh guna, susah untuk dia bergerak. Mujur saya kini tidak terbabit dengan penggambaran ketika ini dan dapat menjaganya di rumah,” katanya.

Selain Rayyan, Rita juga memiliki seorang lagi anak iaitu Airit Qaqa Arjuna, 12.

Sumber:HM

Continue Reading

Trending