Connect with us

Berita

Razil Sebenar Tiap Hari Ziarah & Setia Jaga Kubur Bekas Isteri Hingga Sekarang

Published

on

Dengan jalan cerita yang tidak klise serta diinspirasikan daripada kisah sebenar, telemovie lakonan Zamarul Hisham dan Rita Nadira berjaya mencipta fenomena apabila ia terus menjadi bualan walaupun sudah 3 hari tamat tayangan. Hingga sekarang, ramai netizen amat teringin untuk melihat sosok sebenar Pak Cik Razil yang dikatakan berusia 70 tahun.

Kami fokus kisah lelaki sebab kisah perempuan dah banyak

Menjalankan penggambaran di Perlis, penulis skrip iaitu @Lee Chonz sempat mendedahkan sebenarnya ada beberapa babak yang dibuang dan tidak ditayangkan di kaca televisyen tempoh lalu. Terdapat juga kandungan cerita yang perlu diubah sedikit kerana dikatakan agak sensitif untuk dipaparkan. Namun, semua itu langsung tidak menjejaskan mesej utama yang cuba disampaikan menerusi naskhah arahan Haji Zil, Zeel Production ini.

Sampai hari ini lelaki itu ziarah kubur bekas isterinya untuk lepas rindu

Tidak ketinggalan, Lee Choz berkata lagi watak Pak Cik Razil yang pernah kecewa kerana rumah tangganya dikhianati oleh kehadiran orang luar rupanya benar-benar setia sampai sekarang. Buktinya, dia masih menziarahi dan menjaga rapi kubur bekas isterinya tanpa jemu. Sungguh sejati cintanya, bahkan setiap hari dia akan ke sana untuk melepaskan rindu di hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zeel Production (@zeelproduction)

Saya akan terus shooting di Perlis untuk promosikan keindahan Perlis

Bukan sahaja memaparkan karya teladan yang cukup positif, Haji Zil menerusi sebuah hantaran Facebook turut menyifatkan penggambaran yang dibuat di Perlis sekali gus dapat mempromosikan keindahan negeri kelahirannya itu.

Kredit : Instagram Zeel Production & TikTok Lee Chonz

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

Tak cukup tunjal kepala, wanita saksi abang baju merah lempang pekerja restoran – “Dia lempar makanan, tampar staf berkali-kali”

Published

on

By

TOPIK ‘abang baju merah’ semakin hangat diperkatakan apabila seorang wanita tampil berkongsi cerita mendakwa menjadi saksi tentang perilaku kasar individu sama di sebuah restoran steamboat di Cameron Highland baru-baru ini.

Menerusi beberapa siri video pendedahan di TikTok, wanita berkenaan mendakwa individu tersebut bertindak menampar pekerja di restoran berkenaan berkali-kali, dipercayai kerana makanan yang dipesannya lambat tiba.

Pendedahan itu ternyata mengejutkan warga maya.

Berkongsi cerita, wanita itu berkata kejadian tersebut berlaku pada 4 Jun lalu ketika dia sedang menjamu selera bersama keluarganya di restoran sama.

Dia dah tampar sekali, kami macam malas nak ambil port (ambil tahu) kerana mungkin ada apa-apa masalah.

“Semasa dia nak pergi bayar, dia cakap-cakap dan lempar makanan… kemudian tampar staf berkali-kali,” dakwanya mengimbas kembali kejadian.

Tindakan ganas itu membuatkan salah seorang ahli keluarga wanita tersebut bersuara agar kekecohan tersebut dapat dihentikan.

Kalau lambat satu jam pun kena sabar… kalau tak boleh sabar, angkat kaki dan pergi. Kita nak ambil mood nak makan, ni kat tempat awam.

“Apabila saya cakap nak hubungi polis dan kemudian dia datang ke meja saya dan berkata supaya jangan masuk campur,” katanya lagi.

Tidak berhenti begitu saja, dia terus memarahi wanita ini yang menyebabkan salah seorang ahli keluarganya bangun untuk meredakan pertengkaran.

Pun begitu, dia tidak berundur sehinggalah isterinya datang menarik tangan.

Menjengah ke ruangan komen, kakitangan restoran berkenaan yang didakwa menjadi mangsa keganasan lelaki tersebut tampil bersuara.

“Terima kasih kepada keluarga akak ni sebab stand up untuk saya dan staf lain,” katanya ringkas.

Dalam pada itu rata-rata warga maya mula tertanya-tanya tentang personaliti ‘abang baju merah’ berkenaan.

“Daripada cerita adik ni… kita dah tahu abang baju merah tu perwatakannya macam mana.

“Kalau bukan seorang penyabar jangan pergi Cameron Highland masa cuti. Memang kena sabar hadap trafik sesak dan di kedai makan.

“Suami aku pun panas baran, kalau sebelum menikah tu lagi teruk. Sekarang kalau nak lindung jaga aku pun, tak ada la sampai macam tu,” ujar beberapa warga maya.

Kisah ‘abang baju merah’ kecoh selepas dia bertindak memarah dan menunjal kepala seorang wanita pemandu Perodua Myvi gara-gara didakwa memandu secara berbahaya sewaktu perjalanan dari Cameron Highlands.

Tidak lama selepas itu, lelaki yang bekerja sebagai penyelia kilang di Serdang, Selangor tersebut ditahan polis dan direman selama tiga hari bermula Rabu.

Perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah terhadap suspek berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Siti Hanum Mohmad Shah di Mahkamah Majistret Tapah, Perak.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mendatangkan cedera serta Seksyen 506 dan 509 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah dan perbuatan mengaibkan kehormatan.

Sumber:Mstar

Continue Reading

Berita

“Teman Sudah ditangkap.. “.. Dia guna pisau potong ayam..Ika Di bakar pukul 10malam semalam.. Rupanya sudah ada..

Published

on

By

Update : Selesai siasatan awal.. berita lanjut???? masih mencari lagi rakan subahat/pelaku

sumber socmed; arwah perempuan berumur 21 tahun, yatim piatu yang baru kematian ibu.. dibakar dibunuh dah dibelah perut dengan tragis kerana perbalahan kerana telah mengandung kandungan luar nikah berusia 4 bulan.

Mayat terbakar di kebun kelapa sawit

Lelaki tikam, toreh, bakar kekasih hamil

SABAK BERNAM – Seorang lelaki diibaratkan dirasuk syaitan apabila bertindak kejam membunuh dan membakar teman wanitanya sebanyak dua kali di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini.

Tindakan tidak berperikemanusian itu dilakukan suspek berusia 20 tahun selama dua hari bermula kelmarin selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa yang berusia 21 tahun.

Selain memukul dan menoreh perut kekasihnya yang merupakan pelayan restoran itu, suspek juga dipercayai turut sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa .

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat mangsa, kira-kira pukul 8.15 pagi semalam.

Katanya, siasatan mendapati wanita yang hamil empat bulan itu dibawa suspek menaiki sebuah kereta sebelum dibunuh dan dibakar di kebun tersebut, kira-kira pukul 10 malam kelmarin.

“Namun, suspek kembali ke sekitar lokasi sama untuk sekali lagi membakar mangsa semalam dengan menaiki motosikal dan membawa tong berisi petrol.

“Lelaki yang mahu melupuskan mayat itu kemudian dipercayai membuang semua bahan bukti termasuk barangan mangsa di sekitar Jalan Lama Kuala Selangor,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini, hari ini.

Pasangan kekasih itu dipercayai menjalin hubungan sejak setahun lalu sebelum berlaku perbalahan akibat kehamilan tersebut.

Jelas Agus Salim, siasatan lanjut membawa kepada penahanan suspek dalam tempoh lima jam selepas penemuan mayat itu iaitu kira-kira pukul 1.45 petang hari sama di sebuah rumah sekitar Sungai Besar dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, mayat mangsa yang terbakar 60 peratus ini masih berada di Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasatan. – KOSMO! ONLINE

Continue Reading

Berita

Anak sulung Rita Rudaini patah tangan

Published

on

By

Pelakon popular, Rita Rudaini, 47, meminta netizen berhenti dari mengaitkan nama bekas suami, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dengan kehidupannya bersama anak-anak.

Rita berkata, dia kini sudah hidup tenang dan bahagia bersama dua anaknya.

Rita berkata, dia juga bertanya kepada netizen apa jasa bekas suami kepada anak-anaknya sebelum ini.

“Adakah mereka pernah tengok saya ‘post’ (hantaran) sebarang hadiah atau pemberian daripada bekas suami kepada anak-anak sebelum ini? Tiada bukan?

“Justeru, saya minta netizen tidak lagi mengaitkan bekas suami dengan apa yang saya ‘post’ di media sosial mengenai anak-anak kerana tidak mahu mengganggu emosi mereka yang sedang membesar,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai kemalangan yang menimpa anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 14, yang dikongsi di Instagram, Rita berkata, Rayyan patah tangan ketika bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di sekolah, minggu lalu.

“Pihak sekolah yang membawa Rayyan untuk mendapat rawatan di Hospital Tampin, Negeri Sembilan. Selepas tangannya yang patah itu disimen, saya menukarnya ke pusat perubatan di Kuala Lumpur.

“Selepas beberapa hari di rawat, Rayyan dibenarkan pulang ke rumah. Rayyan juga perlu menjalani fisioterapi setiap minggu di pusat perubatan itu.

“Buat masa ini, saya yang menjaga Rayyan di rumah sehingga keadaannya pulih sepenuhnya untuk kembali ke sekolah kerana dia tinggal di asrama,” katanya.

Rita berkata, Rayyan kini seolah-olah mengalami gangguan emosi disebabkan keadaan fizikal yang membataskan pergerakannya.

“Emosinya tak tentu juga. Kadang-kadang dia okey dan banyak cakap. Kadang-kadang tak nak bercakap langsung. Tertekan sebab sebelah tangan je boleh guna, susah untuk dia bergerak. Mujur saya kini tidak terbabit dengan penggambaran ketika ini dan dapat menjaganya di rumah,” katanya.

Selain Rayyan, Rita juga memiliki seorang lagi anak iaitu Airit Qaqa Arjuna, 12.

Sumber:HM

Continue Reading

Trending