Ini Respond UqashaSenrose Selepas Ada Orang ‘Pecah Rahsia’ Yg Dia KakiBulii Masa Sekolah

Pelakon Uqasha Senrose kesal apabila ada pihak mendakwanya ‘pembu li’ ketika zaman persekolahan.

Menerusi ciapan Twitter, Uqasha terkejut dan tra uma dengan dakwaan diberikan, lebih lagi ketika kes insiden suaminya, Kamal Adli dipu kul masih belum selesai.

“Allahuakbar, Masya-Allah, Subhanallah. Selepas apa yang terjadi kepada saya dan suami, ada pula memfitnah saya sebagai pembu li.

“Dengan satu gambar saya sudah dicop sebagai pembu li. Siapa tengah bu li mental siapa? Dan gambar itu siapa yang ceria?

“Dalam keadaan begini, lebih baik saya fokus dengan suami dan diri. Saya masih dalam keadaan terkejut dan trauma apabila difitnah sebagai pembu li,” tulisnya.

Terdahulu, seorang individu di Twitter mendakwa dibu li pelakon drama Setia Hujung Nyawa dan Rindu Awak Separuh Nyawa itu ketika zaman sekolah menengah sehingga terpaksa berpindah sekolah.

Menerusi ciapan Twitter, Uqasha terkejut dan trauma dengan dakwaan diberikan, lebih lagi ketika kes insiden suaminya, Kamal Adli dipu kul masih belum selesai. – Foto Twitter Uqasha Senrose

Enggan terus difitnah, Uqasha tampil membalas ciapan individu berkenaan dan menyatakan hasratnya untuk berjumpa, selain menyerahkan segala maklumat untuk polis membuat siasatan.

“Kepada anda yang sudah menabur fitnah, saya akan berjumpa anda. Jangan risau segala maklumat mengenai peribadi anda polis akan jalankan siasatan.

“Allah Maha Besar. Anda boleh sekat saya dalam media sosial, tetapi segala bukti perbualan kami dah dapat. Dunia ini kecil,” katanya.

Kenyataan individu yang dikatakan dibu li oleh Uqasha Senrose ketika sekolah

Terdahulu, Kamal diserang oleh individu yang tidak dikenali ketika sesi bertemu peminat di Expo Singapura.

Dalam kejadian itu, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan cota besi.

Kamal kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan menjalani pembedahan.

Sumber : BHARIAN ONLINE / XTRA / TWITTER

About admin

Check Also

“Knapa baru sekarang..msalah ini sejak empat tahun lalu..yang dia mahukan lagi..” Baru je Syamsul dkwa Sarah ada Hubungi Bkas teman lelaki. Sarah dedah sesuatu

Isteri pertama kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan suaminya yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *