Susulan Pendedahan Jep, Viral Semula Klip Mohon Maaf & Scene Parut Kelapa Shuib

Sejak penyertaan Shuib dalam rancangan sketsa komedi ‘Ubi Superstar Live’ bersama Fad, Sharif Zero, Namie dan Ajak, ramai tertanya-tanya tentang penerimaan ahli kumpulan Sepahtu. Terdahulu, Jep ada meminta kepada netizen untuk berhenti persoalkan mengapa group lawak tersebut tidak boleh kembali bersatu lagi. Alasan yang diberikan waktu itu adalah kerana setiap ahli sudah pun lebih selesa membawa haluan kerjaya masing-masing.

Tidaklah kami melutut memujuk tapi kami tanya, pelawa dan jemput semula

Namun selepas Shuib pula keluarkan kenyataan seakan-akan tidak pernah dipujuk untuk reunion kembali, Jep akhirnya membalas semula dengan pendedahan yang panjang lebar. Jelas Jep, rakannya tersebut mulai berundur selepas melakonkan satu salah satu babak di ‘Sepahtu Reunion Live’ dan didakwa mengandungi unsur lucah serta kurang sopan.

Tapi sebenarnya saya nak bagitahu, ikhlas daripada hati, saya tidak bermaksud apa-apa

Susulan kejadian tersebut, Shuib akhirnya telah pun diminta untuk buat permohonan maaf serta digantung daripada beraksi untuk 2 minggu. Meskipun permohonan maaf secara terbuka itu tetap dibuat, namun tampaknya pelakon berkenaan tidak begitu berpuas hati dan beri kata dua enggan lagi teruskan penggambaran sebanyak 50 episod.

Aksi kontroversi memarut kelapa

Sejak pendedahan itu dibuat, ramai seakan-akan tercari-cari semula rakaman babak yang telah menjadi kontroversi tersebut. Dalam video itu, aksi Shuib yang sedang asyik memarut kelapa disifatkan seperti gambaran perbuatan tidak senonoh.

Kredit: Facebook LKKFM, Instagram Jep, TikTok Syafiqah

About admin

Check Also

“Knapa baru sekarang..msalah ini sejak empat tahun lalu..yang dia mahukan lagi..” Baru je Syamsul dkwa Sarah ada Hubungi Bkas teman lelaki. Sarah dedah sesuatu

Isteri pertama kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan suaminya yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *