Hanya Asbab Title Janda, Amelia Henderson Diperlekeh- “Saya Benci Perkataan Tu”

Nama Amelia Henderson memang dah tak asing lagi dalam dunia seni, malah pelakon kacukan India-Scotland ini sebenarnya sudah berkecimpung sejak tahun 2006 lagi. Terbaru namanya sempat menjadi sebutan selepas menjadi peranan utama dalam filem penuh kontroversi ‘Pulau’ yang bakal bermula beberapa hari saja lagi.

Diiktiraf Mensa International, mempunyai IQ 180

Baru-baru ini di laman Twitter, seorang peminat telah pun berkongsi tentang perihal Amelia yang rupa-rupanya bukan biasa-biasa. Memiliki kepintaran IQ sebanyak 180 dan diiktiraf oleh persatuan IQ tertua dunia, Mensa International, pelakon berusia 28 tahun tersebut memang layak digelar ‘beauty with brain’. Malah dia juga pernah menyumbang suara untuk dijadikan suara latar untuk beberapa siri animasi popular ‘Barbie’.

Kalau masalah terbesar pasal saya sebab pernah berkahwin sekali, saya rasa saya okay je

Walau bagaimanapun, ada pula individu yang tiba-tiba mengaitkan segala pencapaian berkenaan dengan status Amelia sebagai seorang yang pernah berkahwin serta berpisah dengan jolokan ‘janda’. Meskipun tidak begitu kisah dengan penerimaan orang soal dirinya yang pernah bergelar isteri suatu ketika dahulu, namun aktres tersebut akui tidak suka akan title ‘janda’ berkenaan.

Janda is the most disrespectful and uninteresting way to describe me

Malah dia turut merasakan tindakan memperlekehkan wanita dengan panggilan sedemikian patut dihentikan. Sedangkan ada banyak lagi pencapaian serta kejayaan yang boleh dibanggakan serta dibawa ke depan. Baginya melabelkan status ‘janda’ tersebut kepadanya sangat bersifat kurang ajar.

Kredit: Portal Oh Media 

About admin

Check Also

“Knapa baru sekarang..msalah ini sejak empat tahun lalu..yang dia mahukan lagi..” Baru je Syamsul dkwa Sarah ada Hubungi Bkas teman lelaki. Sarah dedah sesuatu

Isteri pertama kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan suaminya yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *