Anugerah Gempak Most Wanted tempoh hari sememangnya menghadirkan pelbagai cerita lebih-lebih lagi fesyen yang digayakan oleh selebriti dan influencer yang hadir pada malam tersebut.
Antara yang menjadi perhatian adalah usahawan sensasi, Dato’ Seri Vida (DSV) yang memakai telekung berkilat dengan tema ‘Ramadan Tiba’.
Pakai telekung bling2 tribute MV lagu
Memetik laporan dari Gempak, DSV yang tercalon dalam Anugerah Video Tergempak untuk lagu Ku Ikhlaskan mengatakan pakaian yang digayakan malam itu adalah tribute untuk lagu tersebut.
Ujarnya, dia sudah bersedia untuk menang namun rupanya keputusan tidak menyebelahinya.
“Baju ni tribute untuk lagu Ku Ikhlaskan yang disangka menang tapi hampeh (gagal).
“Ini adalah telekung yang besar selalu kita pakai tapi kali ini pereka jadikan ia lebih bling bling (menyerlah). Cik B pula bawa watak badut seperti baju yang saya kenakan dalam MV itu.
“Baju ini inspirasi sempena ramadan yang bakal tiba,” jelasnya.
View this post on Instagram
Balik awal sebab kalah
Dia yang ditemui di pintu keluar dewan acara tersebut mengatakan mahu pulang awal kerana tidak menang.
“Kalah! Nak balik dah lah…Merajuk bawa diri sebab tak menang,” katanya.
Difahamkan, MV lagu Ku Ikhlaskan yang pernah trending pada tahun lalu tewas kepada MV lagu BAD dendangan kumpulan Dolla.
Antara MV yang tercalon dalam kategori tersebut adalah h Nakal (Janna Nick) , Calablanca oleh Nuha Bahrin dan Satu Malam Di Temasek oleh Joe Flizzow.
Sumber: Gempak (Syafiqah Jalal), TikTok datoserividaofficial
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.