Sebelum ini, bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada memberitahu kepada rakan media bahawa jodoh mereka sudah berakhir. Berikutan daripada itu, rata-rata netizen dilihat tampil memberi sokongan moral buat Shuhada dan anak-anak di media sosial.
Ujar netizen, Shuhada perlu bangkit dan kuat demi anak-anak.
Saya tak nak sedih
Menerusi temu bual bersama pihak Melodi, Shuhada berkata dia enggan memberi komen lanjut mengenai perkara yang sudah berlaku dalam hidupnya. Ujar Shuhada, dia tidak meletakkan sebarang harapan selepas apa yang berlaku malah, mengikut segala perancangan yang ditetapkan oleh Allah.
Anak-anak masih kecil dan mereka tidak tahu apa-apa. Mereka perlukan saya lagi. Saya nak mula hidup baru. Terima kasih buat semua yang mendoakan Shu dan anak-anak. Ramai nak Shu bangkit demi anak-anak. Shu mohon Allah balas balik apa yang korang doa untuk Shu.
Disoal mengenai isu kesihatan yang dihidapi oleh Hafidz, Shuhada memberitahu dia tidak tahu mengenai perkara tersebut.
Bukan saya yang post jadi saya tak pasti. Saya tak dapat komen. Berbicara pasal memaafkan, saya manusia biasa yang lemah. Allah ajar dan suruh kita jadi pemaaf. Saya akan cuba perbaiki diri. Mungkin saya akan memaafkan, tapi saya tak akan lupa. Saya akan sokong dia tapi tak tahu dia nampak atau tak.
Saya rasa lega bila dia lafaz talak. Saya tak nak sedih sebab saya tak nak lihat anak-anak sedih. Saya nak jaga anak-anak. Saya nak buktikan saya boleh jaga mereka.
Ubah pandangan skeptikal
Di Instagram, Shuhada menjelaskan dia mahu hidup berdikari dengan menjalankan perniagaan atas talian. Tambah Shuhada, dia hendak keluar daripada pandangan skeptikal segelintir pihak terhadap ibu tunggal.
Terima kasih semua kerana terus menyokong saya dalam peralihan hidup yang paling mencabar ini. Seperti yang semua sedia tahu, saya akan mulakan hidup sebagai ibu tunggal. Jadi, kebanyakan orang fikir bukan-bukan mengenai saya. Saya mahu ubah persepsi buruk orang pada ibu tunggal.
Saya nak keluar daripada pandangan skeptikal manusia yang mendakwa ibu tunggal selalu jadi orang yang meminta-minta dan berharap pada manusia untuk kelangsungan hidup anak-anak. Jadi, saya dengan rendah diri memohon semua untuk menyokong bisnes saya dan anak-anak untuk harungi fasa seterusnya dalam hidup kami. Duit bukanlah segala-galanya tapi kami tak boleh bayar bil dengan perkongsian dan ‘like’.
Jelas Shuhda lagi, sokongan dan dorongan orang ramai secara tidak langsung membuatkan dia lebih bersemangat.
Sumber: Melodi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.