Bakal berlangsung Selepas ramadhan, Akhirnya Janna nick dan Dini ded4h sesuatu

Pelakon Dini Schatzmann memaklumkan bahawa dia dan Janna Nick akan berkongsi sebuah ‘berita besar’ dalam masa terdekat.

Menurut Dini, berita tersebut berkemungkinan akan diumumkan selepas Ramadan.

“Sebenarnya saya tak boleh beri sebarang komen buat masa sekarang. Tetapi kami akan ada berita yang kami akan kongsikan dengan semua orang dalam masa terdekat.

“Berita yang agak besar… tapi kena tunggu. Insya-Allah, mungkin lepas Ramadan. Saya rasa semua benda ada waktu dan perancangan macam mana ia berjalan.

“Buat masa sekarang bukan masa yang sesuai. Ada beberapa perkara yang sedang terjadi yang buatkan masa sekarang ni tak sesuai untuk kongsi berita ini,” jelasnya.

Dini ditemui ketika acara anugerah Gempak Most Wanted Award 2022 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Dini juga menyatakan bahawa hubungannya dengan Janna tidak ada sebarang masalah.

“Hubungan saya dengan Janna memang baik, tak pernah tak baik. Kalau apa-apa pun kita tak akan gaduh. Kami sentiasa ada satu sama lain. Kami pun masih bekerjasama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

“Semuanya baik… tak ada masalah apa-apa,” kata Dini.

Sebelum ini, Janna dan Dini didakwa telah berpisah apabila Janna memuat naik hantaran berbentuk sedih dan pergi melancong sendirian untuk menenangkan diri.

Namun begitu, status sebenar hubungan mereka masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Sumber : xtra

About admin

Check Also

“Knapa baru sekarang..msalah ini sejak empat tahun lalu..yang dia mahukan lagi..” Baru je Syamsul dkwa Sarah ada Hubungi Bkas teman lelaki. Sarah dedah sesuatu

Isteri pertama kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan suaminya yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *