Tom Fuad Rahman Sah Bergel4r su4mi ist3ri, Cuma Ramai prsoalkn tempat pernik4han diadakan p3Iik

Penyanyi Fuad Rahman dikhabarkan sudah melangsungkan pernikahan bersama wanita pilihannya, Tom di Batam, Indonesia pada hari ini.

Menurut laporan mStar, berita gembira itu disahkan sendiri oleh pengurus Tom iaitu Alan yang mendedahkan pasangan merpati dua sejoli tersebut telah disatukan sebagai suami isteri.

“Memang rancang nak nikah awal… kalau buat di Kuala Lumpur banyak urusan perlu diselesaikan seperti kursus kahwin dan sebagainya.

“Dalam masa sama ia juga melibatkan bekas isteri Fuad. Jadi untuk mudah, mereka bernikah di Batam. Tom dan Fuad akan daftar perkahwinan mereka sejurus pulang ke Kuala Lumpur nanti,” katanya.

Bukan itu sahaja, Tom turut mengakui berdebar menjadi sebagai isteri dan memaklumkan dia dan suami bakal melaksanakan majlis kenduri selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Berdebar ni. Nikah hanya ada keluarga dulu. Nanti lepas raya, sanding saya jemput. Semoga urusan kami dipermudahkan hari ini,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Tom dan Fuad pernah menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2005 namun ikatan itu terputus dipertengahan jalan selepas Fuad dijatuhkan hukuman penjara selepas disabit kesalahan mengenai penyalahgunaan dad4h.

Sumber : oh my media

About admin

Check Also

“Tlada wanita mahu brcer4i tnpa sebab..” Diana Danielle datang mahkamah minta berpisah, Ini pula Balas Farid kamil

Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *