Umum mengetahui selebriti sensasi, Zarina Anjoulie yang kini sedang diulik bahagia apabila baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati, Datuk Seri Khazrul Alzey.
Terbaharu, Zarina atau mesra disapa Anju berseloroh di laman Instagram mengenai perkembangan persiapan hari bahagianya bergelar raja sehari.
Selagi tak dapat 55kg, tak boleh kahwin lagi
Menerusi hantaran dikongsikan di laman Instagram, Anju berseloroh dengan mengatakan tunangnya tidak akan mengahwininya selagi tidak mendapat berat badan ideal.“Tunang cakap kalau selagi tak sampai 55 kg, dia tak nak kahwin lagi guys,”seloroh Anju di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
View this post on Instagram
Baru 58.7kg, jauh lagi perjalanannya…
Dalam hantaran sama, Anju turut berkongsi berat terkininya yang baru mencapai 58.7kg dan meminta agar tunang dan semua orang bersabar kerana dia sedang berusaha mencapai target.
“Jauh lagi perjalanannya bang. Harap sabarlah ya,”ujar Anju.
Makin kurus, makin cantik!
Rata-rata warganet memuji kecantikan pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul yang kelihatan semakin kurus, selain memiliki bentuk badan menarik.
Tidak kurang juga ada yang tidak berpuas hati dengan syarat yang ditetapkan oleh tunang kepada pelakon filem Hantu Kuat Ketawa kerana mementingkan berat badan.
Terdahulu, media melaporkan Anju bertunang pada hujung bulan lalu sehingga menarik perhatian ramai kerana kelihatan manis berbaju kurung dan bertudung.
Sumber: Omm
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.