Hangat di media sosial baru- baru ini mengenai seorang pelakon terkenal, Hafidz Roshdi yang didakwa bermesej lvcah dengan seorang skand4I. Eh ye ke?
Panas dengan kontroversi terbabit, pelakon yang dituduh memadam gambar bersama isteri telah membuat satu posting di Instagram dan telah menarik perhatian netizen. Bukti tiada masalah?
Menerusi posting yang dimuat naik itu, Hafidz seolah-olah mahu memberitahu bahawa rumah tangganya dan isteri tidak mempunyai sebarang masalah.
Kami dari Facebook, Erin Sakura, Giler Kentang, mStar Online, Media Hiburan dan semualah media. Kami ada popcorn kat sini parking dulu.
Meninjau ke ruang komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur bahawa kedua-dua pasangan suami isteri itu masih lagi dalam keadaaan yang baik.
View this post on Instagram
Sebagai info, Hafidz dan isterinya telah mendirikan rumah tangga pada April 2016 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
Terdahulu, Pelakon Hafidz Roshdi, 29, yang jarang berkongsi foto bersama isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri di media sosial, melainkan aktiviti karier lakonannya menarik perhatian menerusi hantaran foto mereka berdua di Instagram Story.
Dengan disertakan juga keratan lagu berjudul Fltnah daripada nyanyian, Ical Mosh yang berulang-ulang melontarkan perkataan ‘ini zaman fltnah, ini zaman fitnah’ bagai membawa satu tanda tanya?
Apakah maksud cuba disampaikan pelakon drama Tundukkan Playboy Itu yang juga bapa kepada dua anak berkenaan apabila perkongsian ‘secara tiba-tiba’ di Instgram Story yang disertakan juga waktu fotonya dan isteri diambil, jam 4.42 petang.
Hafidz yang juga bekas peserta Hero Remaja 2011/2012 mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan, Nurul Shuhada pada 30 April 2016 selepas berkenalan selama tiga tahun ketika masing-masing meneruskan pengajian mereka di universiti.
Hasil perkongsian hidup itu, pasangan sejoli ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, kini berusia tiga tahun.
Sejak mendirikan rumah tangga ketika kemuncak populariti dirinya sebagai pelakon, Hafidz juga didapati ‘bersih’ daripada sebarang gosip dan kontroversi berkaitan rumah tangganya.