Tak sampai setahun Fizo Omar dan isteri, Fazeera Nazri menimang cahaya mata, pelakon tersebut mengumumkan bakal menerima kehadiran ahli baru lagi dalam keluarga.
Beza cuma 11 bulan. Menerusi Instagram Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, dia telah memberikan khabar gembira apabila anak mereka, Wan Khaleeda bakal menjadi ‘kakak’ apabila Fazeera hamil anak kedua.
Isteri hamil 5 bulan. Menerusi kapsyen yang disertakan, Fizo telah berkongsi emoji keluarga dan mengucapkan syukur diatas rezeki dari Allah S.W.T.
Dia juga memaklumkan yang isterinya kini sudahpun melepasi trimester pertama dan sedang hamil 5 bulan. ‘Kilang’ masih buka.
View this post on Instagram
Di akhir perkongsian tersebut, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini memaklumkan yang jarak anak pertamanya bersama Fazeera adalah 11 bulan dan sempat berseloroh mengatakan ‘kilang’ sentiasa buka.
Muat naik itu telah dihujani dengan maklum balas daripada kenalan dan peminat yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut. Mereka juga mendoakan agar urusan isteri Fizo dipermudahkan sehingga bersalin nanti.
Untuk rekod, Fizo dan Fazeera telah melangsungkan pernikahan pada Oktober 2021. Mereka telah dikurniakan cahaya mata pertama, Wan Khaleeda yang belum pun berusia setahun.
Pelakon tersebut pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan terkenal, Mawar Karim sebelum berpisah pada 2019. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dikenali sebagai Wan Maryam.
Terdahulu, Perkongsian pelakon dan usahawan, Fizo Omar meraih perhatian ramai yang tertumpu kepada tubuh badan isterinya iaitu Fazeera Nazri.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di Instagram, Fizo dan isteri sedang menjalani penggambaran di studio bersama bayi mereka, Wan Khaleeda.
Lebih menarik, ketika penggambaran tersebut dijalankan, Fazeera tampil manis mengenakan hijab serba cerah. “Mula-mula agak nervous sebab nak photoshoot dengan baby. Alhamdulillah, baby Khaleeda bagi kerjasama dengan baik. Korang tengok la santai je. Layan je baby Khaleeda ni,” kongsi Fizo.
Sumber : oh my media