Tempoh hari, dunia hiburan tanah air digamatkan dengan berita seorang peserta realiti nyanyian televisyen yang dikatakan telah pun berkelahi bersama madunya di sebuah restoran mamak. Malah bukan setakat bertengkar melalui verbal, malah didakwa turut ada adegan tarik-menarik rambut sebelum akhirnya dilaporkan kepada pihak polis.
Marah apabila penyanyi berkenaan kahwin dengan suami tanpa pengetahuan. Awalnya ramai menyangka bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan yang dikahwini Fyna Jebat berstatus duda.
Namun realitinya tidak, lelaki berusia 61 tahun tersebut masih lagi seorang suami kepada Datin Zalina Zaini dan mempunyai 5 anak yang sudah dewasa. Dalam portal Kosmo, pertelingkahan itu dikatakan tercetus kerana wanita tersebut marah apabila penyanyi berkenaan berkahwin dengan si suami tanpa pengetahuan.
You don’t deserve any of this Maklong, you deserve all the happiness in the world. Sementara itu melalui satu posting di TkTok, Sabrina yang juga merupakan anak saudara kepada Datin Zalina sama sekali tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku.
Jelasnya, wanita berkenaan tidak Iayak diperlakukan seperti itu setelah 38 tahun berbakti untuk keluarga. Dengan nada yang keras, dia juga memberi amaran kepada `si menyondol’ kerana telah rampas kebahagian mereka.
I love you forever my beautiful and strong mama
Selain itu, anak bongsu kepada pasangan suami isteri berkenaan juga yang bernama Zahira Aisyah turut memuat naik satu rakaman di ruangan Facebook.
Menerusi kapsyen, gadis tersebut menegaskan tiada siapa boleh gantikan takhta tertinggi diduduki ibunya tersebut.
Sumber : kisah dunia