“Isteri pertama mula dulu..dia datang terus.. ” Terbaru.. Saksi kejadian Tampil dedah Apa sebenarnya berlaku kejutkan ramai..

BELUM reda isu bergelar isteri kedua kepada Datuk Zainal Abidin Hassan, penyanyi Fyna Jebat terpalit pula dengan kontroversi selepas didakwa terlibat dengan pergaduhan bersama madunya iaitu isteri pertama bekas pemain bola sepak terkenal negara era 80 hingga 90-an berkenaan pada pagi Isnin.

Insiden itu dipercayai berlaku selepas Fyna dikatakan singgah di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam. Sumber memberitahu mStar, kekecohan berlaku apabila isteri pertama Zainal iaitu Datin Zalina Zaini dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat kepada Fyna yang berada di restoran tersebut.

Fyna mengakui sudah berkahwin dengan Zainal. “Semalam tengah melepak, tiba-tiba isteri kedua itu kena serang dengan isteri pertama.

Apa yang saya dengar, dia menggelar Fyna dengan kata-kata kesat sebelum kedua-duanya berperang mulut,” kata sumber itu kepada mStar.

Bekas pemain bola sepak terkenal negara era 80 hingga 90-an dan kini jurulatih, yang menjadi tumpuan selepas berkahwin kali kedua, sekali lagi terpalit dalam kontroversi kerana pergaduhan didakwa membabitkan dua isterinya, semalam.

Difahamkan, isteri pertama dan madunya itu didakwa bergaduh di sebuah restoran di sini, dikatakan kerana perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan lokasi pergaduhan berkenaan di sebuah restoran di sini.

Kejadian berlaku pada awal pagi dan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam),” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 60-an masih lagi laku selepas berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun.

Terdahulu, Adik kepada penyanyi, Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat, akhirnya mengaku sudah berkahwin dengan jurulatih bola sepak popular, Datuk Zainal Abidin Hassan. Tahniah.

Tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinan dengan bekas pengendali Penang FC dan Melaka United itu, pemilik nama Nur Shafina Jebat memohon semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Alhamdulillah, saya telahpun bernikah. Jadi terima kasih banyak-banyak kepada anda yang telah memberi komen yang bagus. Saya harap anda doakan saya, family dan perjuangan kami di dalam famili duo. Ketika ditemui di sidang media Famili Duo, Fyna berkata dia tidak boleh bercerita banyak mengenai hal tersebut.

Maaf, saya tak boleh cerita hanya itu sahaja yang boleh saya kongsi. Saya mohon maaf. Sementara itu, Ayda berterima kasih kepada semua yang mendoakan untuk perkahwinan adiknya.

Rasanya tak ada apa yang perlu diceritakan lagi. Saya berbangga apabila adik saya dapat mendedahkan perkara ini kepada semua orang. Terima kasih atas semua doa. Fokus kami sekarang adalah Famili Duo.

Sumber : Berita Harian dan ohbulan

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *