Fyna jebat sindlr Madu? Ramai tk perasan tapi ini yg Isteri pertama perasan semasa temubual dlm program realiti TV

Berang disindir dalam sebuah program realiti televisyen dipercayai menjadi punca pergaduhan dua isteri bekas jurulatih bola sepak kebangsaan di sebuah restoran di Shah Alam, yang videonya tular sejak pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memberitahu, pihaknya menerima laporan daripada isteri kedua bekas jurulatih itu pada pukul 2.18 pagi Isnin, sejurus insiden itu.

Suspek dalam kes ini merupakan isteri pertama yang dikatakan telah menarik rambut pengadu (isteri kedua) di dalam restoran tersebut sehingga membawa pergaduhan dan pertengkaran di luar restoran.

“Berdasarkan siasatan awal, kita mendapati punca pergaduhan tersebut disebabkan suspek merasa dirinya tersindir dengan kenyataan pengadu dalam sebuah program realiti dan marah kepada pengadu kerana telah berkahwin dengan suami tanpa pengetahuannya,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Mohd Iqbal menambah, pihaknya sudah menerima laporan daripada kedua-dua wanita terbabit berhubung insiden itu dan mereka serta suami telah dirakam keterangan.

Beliau memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar di tempat awam.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Video dibawah.

Insiden itu dipercayai berlaku selepas Fyna dikatakan singgah di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam. Sumber memberitahu mStar, kekecohan berlaku apabila isteri pertama Zainal iaitu Datin Zalina Zaini dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat kepada Fyna yang berada di restoran tersebut.

Fyna mengakui sudah berkahwin dengan Zainal. “Semalam tengah melepak, tiba-tiba isteri kedua itu kena serang dengan isteri pertama.

“Apa yang saya dengar, dia menggelar Fyna dengan kata-kata kesat sebelum kedua-duanya berperang mulut,” kata sumber itu kepada mStar.

Sumber : awani

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *