Hiburan
Baru kena dengan orang, Ini ayat padu DlvaAA Trend Mas Idayu ‘sembur’ orang

Nama pengacara sensasi, Azwan Ali bukanlah asing dalam industri hiburan kerana sering melontarkan kata-kata dengan lantangnya terutama di media sosial.
Terbaharu, Azwan atau lebih dikenali Diva AA meluahkan pandangan mengenai tindakan juri yang sering memberikan komen secara berlebih-lebihan tanpa menjaga perasaan peserta yang bertanding dalam program realiti.
Azwan berkata, dia akui setiap juri berhak mengeluarkan pandangan, tetapi perlulah berlandaskan cara penyampaian yang betul supaya tidak dipandang hina terutama ditayangkan secara langsung di kaca televisyen.
“Perlu ada batas apabila nak mengamuk atau menghentam peserta.
“Mas Idayu berhak menegur tetapi ada cara yang lebih baik, berlapik dan beretika sebagai tanda sayang kepada peserta.
“Trend Mas Idayu ‘sembur’ orang ini terus terang saya cakap sudah basi untuk 2023,”ujarnya kepada Utusan Malaysia. Azwan Ali tegur Mas Idayu sebba sayang…
Kata Azwan, dia menegur Mas Idayu dengan pandangan ikhlas sebagai rakan yang pernah bekerjasama sewaktu menjayakan program Lagu Cinta Kita 2 pada tiga tahun lalu.
Tambahnya lagi, sekiranya dia berada di tempat Sissy Imann pada ketika itu, berkemungkinan juga sudah meninggalkan terus set semasa siaran langsung.
“Saya tegur sebab sayang pada Mas Idayu. Kalau saya berada di tempat Sissy Imann mungkin saya sudah tinggalkan terus set semasa siaran langsung.
“Tak dinafikan nyanyian Sissy kedengaran agak sedikit sumbang dan seperti merosakkan lagu tersebut, tetapi tegurlah secara baik kerana mereka juga insan seni dan program ini juga adalah berbentuk santai kekeluargaan,” jelasnya.
Dalam masa sama, pemilik nama Mohamed Azwan Haji Ali meminta Mas Idayu supaya menjaga maruah seseorang tanpa memberikan sebarang alasan dengan mengatakan ia dilakukan kerana sayang kepada peserta.
“Itulah jawapan paling selamat sebab sayang. Ini bukan soal sayang tetapi maruah seseorang. Walaupun saya tidak pernah dipanggil mana-mana stesen televisyen jadi juri sebab mungkin produksi ingat mulut saya lagi ‘laser’ dari Mas Idayu.
“Bagi saya menjatuhkan maruah seseorang dalam keadaan sebegitu adalah tidak boleh diterima. Bagilah alasan apapun, tetap tidak dibenarkan,” katanya.
Terdahulu, Mas Idayu mengkritik nyanyian pasangan sepupu, Naim Daniel dan Sissy Imann sewaktu membawa lagu Jampi versi keroncong sehingga membuatkan penyanyi wanita itu mengalir air mata di atas pentas.
Susulan itu, tindakan Mas Idayu mengundang kecaman ramai sehingga netizen menyuruh penyanyi dangdut berkenaan memberanikan diri menyertai pertandingan nyanyian, Gegar Vaganza pada masa akan datang.
Terdahulu, Mas Idayu mengkritik nyanyian pasangan sepupu, Naim Daniel dan Sissy Imann sewaktu membawa lagu Jampi versi keroncong sehingga membuatkan penyanyi wanita itu mengalir air mata di atas pentas.
Susulan itu, tindakan Mas Idayu mengundang kecaman ramai sehingga netizen menyuruh penyanyi dangdut berkenaan memberanikan diri menyertai pertandingan nyanyian, Gegar Vaganza pada masa akan datang.
Sumber : oh my media
Hiburan
Yang Fitnah Dah Minta Maaf? Nanti Dekat Kubur Merangkak Cari Aku” – Mira Nafi Jadi Punca View Chin & Ah Moi Cerai

Baru-baru ini, tular video di laman Facebook memaparkan influencer sensasi bernama Mira menjawab persoalan netizen mengenai konflik di antara View Chin dan isterinya, Ah Moi.
Menurut Mira ataupun nama sebenar Amirah Firdaus, tidak semua yang didedahkan oleh isteri usahawan tersebut adalah benar dan dia juga mempunyai cerita tersendiri, namun pilih untuk tidak memberitahu kepada umum.
Sewaktu netizen mendakwa dirinya adalah skandal View Chin, Mira membetulkan individu tersebut dengan berkata bahawa jejaka tersebut adalah teman lelakinya.
Dalam pada masa yang sama, Mira bertanya kepada netizen sama ada sudah memohon maaf kepada dirinya ataupun belum kerana sudah menabur fitnah.
Bahkan, wanita tersebut turut bertegas bahawa dia bukan punca pasangan itu bercerai dan mula menjalinkan hubungan dengan View Chin setelah lelaki itu berpisah dengan isterinya.
Sekadar info, nama Mira mula menjadi sasaran kecaman netizen setelah didakwa menganggu rumah tangga View Chin dan melakukan hal terkutuk dengan influencer tersebut.
Sumber:Beautifulnara
Hiburan
Dah ada geng! Ramai terhibur lihat konten Adira Suhaimi dengan madu tersayang

Keakraban penyanyi Adira Suhaimi atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi bersama madunya, Datin Red sentiasa menjadi inspirasi ramai terutamanya dalam golongan wanita.
Mana tidaknya, mereka telah menjadi contoh bahawa hidup bermadu tidak menjadi asbab putusnya sesebuah silaturahim demi menjaga kebahagiaan rumah tangga meskipun berkongsi kasih sayang.
Bagaimanapun, baru-baru ini, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Adira di laman TikToknya, dia telah membuat konten bersama madunya telah mengejutkan ramai.
Mana tidaknya, pada kebiasaan selebriti yang berusia 32 tahun itu sering membuat konten bersama anak-anaknya namun, pada kali ini agak berbeza berbanding dengan sebelum ini.
Maduku bukan madumu
Dalam video berdurasi pendek itu, Adira sedang berjalan-jalan bersama madunya di sebuah lorong kecil sambil mengunyah gula-gula getah beserta kapsyen ‘maduku bukan madumu’ telah berjaya mencuit hati netizen.
Semoga sentiasa bahagia selalu!
Susulan itu, ramai yang mendoakan agar Adira dan madunya sentiasa bahagia bersama keluarga serta mendapat perlindungan Allah selalu.
Sekadar info, Adira telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.
Sumber: TikTok @Adira Suhaimi
Hiburan
(VIDEO) Jumpa Jejaka Dari Aplikasi ‘Dating’, Qistina Raisah Dikritik – “Kau Kecik Lagi Dah Gatal!”

Pelakon remaja, Qistina Raisah menceritakan bahawa dia pernah menyukai seseorang selama dua tahun namun perasaannya itu tidak berbalas.
Enggan terus kecewa, pelakon berusia 14 tahun itu kemudiannya meluahkan rasa teruja apabila dia telah berjumpa dengan seorang jejaka baharu melalui aplikasi ‘dating’.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Qistina atau nama penuhnya Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri dilihat meluangkan masa bersama jejaka berkenaan.So, ni first meet kitorang. Jom teman I jumpa dia, pergi beraya!
Bukan itu sahaja, pelakon drama Papa Ricky itu turut memaparkan momen-momen manis sepanjang perkenalannya dengan jejaka berkenaan.
Bagaimanapun, perkongsian video tersebut telah mengundang rasa kurang senang orang ramai memandangkan Qistina baru berusia 14 tahun.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa bimbang apabila wajah jejaka berkenaan seperti sudah berusia 20an dan jauh lebih tua berbandingnya.
Dalam pada itu, ramai juga yang menasihati Qistina agar berhati-hati kerana usianya masih muda dan masih belum sesuai untuk memikirkan soal cinta.
Sumber:Beatifulnara
-
Hiburan4 months ago
Tahniah.. Eman Manan & Ogy Akhirnya Disatukan Kembali? Ini Cinta Yg Terputus Tidak Dapat Diganti..
-
Hiburan4 months ago
Masih Ingat Pelakon Irma Hasmie? Selepas 11 tahun berkahwin,Tak sangka begini Kehidupannya skrg “ dah jadi macam ni”..
-
Hiburan2 months ago
Takda masalah, dia isteri kedua ayah..” Anak2 sudah jumpa Ira Kazar.. Tak sangka ini pendedahan Syamsul bila mereka berjumpa..
-
Hiburan3 months ago
“Latu request nak jafi Ratu”- Alha Alfa
-
Hiburan2 months ago
Nampak perubahan kamal..mereka pun masih takvt kerana..” Setelah kejadian Haritu, Ini keadaan terkini Kamal adli
-
Hiburan2 months ago
Sha adalah mngsa pndera4n..” Shil Amzah bongkar rahsla besar keluarga
-
Hiburan1 month ago
Anak tlada MasaIah..dah tahu saya Nak bercerai.. Dia terus..” Baru je selesai mahkamah, Ini yg Ank sarah cakap
-
Hiburan1 month ago
Ibu Syamsul titip pesan,, untuk puteri sarah buat n3tizen sebak