Terlibat Km4lang4n motosikal berl4nggar kereta, Ini Keadaan Noorkhiriah sekarang

Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, mengalami kecederaan ringan pada tangan kanannya akibat kemalangan motosikal dialami di lokasi ketika menjalani sebuah penggambaran drama berjudul Bosskid.

Berdasarkan rakaman video dikongsi Noorkhiriah di Instagram, kejadian kemalangan berlaku tidak diduganya ketika dia menunggang motosikal terbabit untuk menjayakan satu babak yang dilakonkan.

Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila Noorkhiriah berkemungkinan hilang kawalan terhadap motosikal terbabit yang bergerak laju lalu melanggar sebuah kereta yang diparkir di tepi lorong jalan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

Namun, menerusi perkongsian video di Instagram pelakon Datuk Fizz Fairuz pula menunjukkan Noorkhiriah berada di dalam keadaan stabil selepas kemalangan itu dan kecedeaan pada tangan kanan dialaminya juga sudah dirawat.

“Keadaan dia stabil, tangan jer. Tapi ramai yang tanya, inilah keadaannya sekarang. Masih boleh makan. Telur tetap ada dengan kicap selalunya. Dalam keadaan dia sekarang ini, Alhamdulillah.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

“Masih lagi boleh makan. Tapi, dia takut laki (suami) dia tahu. Pengajaran buat dia,” kata Fizz dalam video itu disusuli dengan ketawa. Sementara itu, Noorkhiriah yang cuba dihubungi Harian Metro menerusi kiriman mesej di WhatsApp, tidak membalas sebaliknya berkongsi satu hantaran di Instagram Story.

Maaf pada yang mesej dan call, terima kasih. Cuma saya tak dapat balas..saya dah start rasa sakit..nak tidur kejap yer.. Jaga diri semua.. moral of the stori..Jangan degil. Pada team #Bosskid akak minta maaf..korang baik sangat..Semoga Allah Membalas Segala Kebaikan Korang,” tulisnya.

Sumber : Harian metro

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *