Selepas DSV Jumpa Puteri Sarah Terus DSV Bagi Ayat Pedas Kepada Syamsul Yusof Dlm Loghat Kelantan

KEMELUT rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana bukan hanya mendapat perhatian ramai, malah rata-rata peminat dan rakan selebriti turut memberi sokongan kepada aktres berkenaan.

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida juga antara yang dilihat memberikan sokongan buat Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, kerana mendakwa suami pelakon itu, Syamsul Yusof tidak pandai melihat kecantikan yang ada pada dirinya.

Kata Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 52, dia berasa sakit hati melihat pelakon Andainya Takdir itu diperlakukan sedemikian dan menganggap Puteri Sarah seorang isteri yang cantik dan sempurna.

“Hello, comel ni wey, comel. Kenal tak ni? Jantan tak kenal ‘bare’ (barang).

Vida menunjukkan sokongannya terhadap Sarah.

“Lempar sebutir. Saya tu paling sakit hati tau. Jantan tak kenal ‘bare’. Kufur nikmat jantan ni,” katanya.

Vida berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya pada malam Jumaat.

Menerusi video itu juga, Puteri Sarah dilihat turut bersama dengan Vida sewaktu menonton konsert penyanyi Cakra Khan yang diadakan di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada malam Jumaat.

Bagaimanapun, Puteri Sarah dilihat hanya tertawa melihat reaksi yang diberikan oleh usahawan kosmetik berkenaan.

VIDEO:

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat menyokong tindakan Vida dan gembira melihat Puteri Sarah sudah kembali tertawa.

“Kali ni aku sokong Datuk. Hahahaha.

Vida buat Sarah tergelak kuat. Gembira dapat melihat Sarah kembali bahagia dengan hidupnya.

“Tengok rezeki Allah bagi dia. Dikelilingi manusia yang supportive. Allah maha adil, diambil satu, diberi 10 tak terkira. Alhamdulillah,” tulis netizen.

Untuk rekod, Puteri Sarah telah memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Mahkamah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes tersebut.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *