Anak mengadu rmbutnya dibotakkn cikgu, Mak ayah dtg sekolah balas tndakan guru tersebut.

BUKAN sahaja rambut dipotong, malah kulit kepala juga kelihatan!

Begitulah yang dialami seorang guru berusia 27 tahun, gara-gara ibu bapa kepada seorang murid yang tidak berpuas hati dengan tindakan anak mereka dibotakkan di sekolah.

Kejadian berlaku di Paguyaman, Boalemo di Gorontalo di Pulau Sulawesi, Indonesia, pada Isnin.

Tindakan mengunting rambut guru secara paksa itu mendapat perhatian ramai selepas foto guru berkenaan dikongsi di laman Facebook.

Menerusi satu hantaran, seorang pemuda berkata, amat menyedihkan apabila seorang guru di sebuah sekolah rendah di Paguyaman, diganggu oleh ibu bapa murid yang tidak bertanggungjawab.

“Guru tersebut melaksanakan tindakan disiplin ke atas seorang murid selepas diberi amaran berulang kali mengenai peraturan sekolah.

“Murid berkenaan kemudian melaporkan perkara itu kepada ibu bapanya yang kemudian berang dengan tindakan guru tersebut.

“Ibu bapa murid itu bertindak dengan memotong rambut guru berkenaan di dalam kelas,” katanya.

Menurutnya lagi, permohonan maaf seharusnya dibuat oleh ibu bapa murid, dan bukannya guru berkenaan.

Ketua Bidang Pembangunan Pendidikan Asas (Dikdas) Pejabat Pendidikan Belia dan Sukan, Kabupaten Boalemo mendedahkan tindakan itu mencabuli kehormatan guru.

Katanya lagi, guru berkenaan boleh memohon perlindungan undang-undang.

Menurutnya, tindakan seorang guru memotong rambut murid sebagai satu bentuk pengajaran, dan kasih sayang dalam menerapkan disiplin dan tata tertib di sekolah. – Kompas

Ditempat lain, bapa saman sekolah RM4.1 juta, Potong rambut anak tanpa izin.

SEORANG bapa bertindak mengambil tindakan undang-undang ke atas kakitangan di sebuah sekolah di Michigan, Amerika Syarikat (AS), setelah rambut anak perempuannya dipotong tanpa kebenaran.

Jimmy Hoffmeyer mengemukakan tuntutan AS$1 juta (RM4.1 juta) terhadap Mount Pleasant Public Schools, seorang pustakawan dan pembantu guru pada Selasa lalu.

Tuntutan itu turut mengambil kira dakwaan diskriminasi kaum, menimbulkan ketakutkan etnik serta melanggar hak Perlembagaan anak perempuanya yang berusia tujuh tahun.

Sebelum ini, Hoffmeyer berkata, anaknya, Jurnee harus mendapatkan gaya rambut yang tidak simetri setelah rakan sekelasnya memotong satu sisi rambutnya dengan beberapa inci.

Beberapa hari kemudian, katanya, anaknya pulang ke rumah dengan potongan rambut yang berbeza.

Katanya, pekerja sekolah yang bertanggungjawab memotong rambut anaknya adalah individu berkulit putih.

“Defendan gagal melatih, memantau, mengarah, mendisiplinkan serta mengawasi pekerjanya dengan baik.

“Dan mengetahui atau seharusnya mengetahui bahawa para pekerja akan terlibat dengan aduan yang dikemukakan kerana wujudnya latihan, adat, prosedur dan kebijaksanaan yang tidak tepat serta kekurangan disiplin yang ada untuk pekerja,” kata tuntutan itu.

Sementara itu, pihak sekolah dalam satu kenyataan berkata, Jurnee tidak senang dan tidak berpuas hati dengan gaya rambutnya setelah dipotong oleh murid lain.

“Jurnee kemudian meminta seorang pekerja perpustakaan membantu memperbaiki rambutnya ketika lawatan kelas ke perpustakaan,” katanya.

Pihak sekolah berkata, guru Jurnee juga dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Hanya kerana ingin berniat baik, tindakan ini (saman) tidak dapat diterima dan menunjukkan kurangnya pertimbangan kepada kedua-dua pekerja kami.

“Kedua-dua pekerja kami telah mengakui tindakan mereka dan meminta maaf,” katanya.

Tambahnya, pekerja kulit putih yang memotong rambut Jurnee mungkin akan berdepan dengan penamatan perkhidmatan.

Siasatan juga tidak menemui bukti mengenai berat sebelah antara kaum, kata sekolah itu.

“Kami akan mempertahankan secara agresif terhadap tuduhan tidak berasas ini di mahkamah dan sama sekali tidak akan mengalihkan perhatian kami mengenai misi untuk menyediakan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan bertaraf dunia bagi mempersiapkan diri mereka untuk kuliah dan kerjaya,” kata sekolah itu. —People

Sumber : Mstar

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *