Hiburan
Peristiwa Bilik Karoke, Apa Yang Kawan Dia Buat Memang Buat Hati Panas

PUSAT karaoke merupakan platform untuk seseorang itu menonjolkan bakat terpendam menyanyikan lagu-lagu pilihan dengan sepenuh jiwa.
Ada kalanya ia membuatkan seseorang itu ‘lupa diri’ seperti sedang membuat persembahan di sebuah konsert walaupun tanpa kehadiran penonton.
Namun begitu, dalam keasyikan mendendangkan lagu kegemaran, seseorang itu haruslah bertimbang rasa terutamanya jika bayaran sesi karaoke itu dikongsi bersama rakan-rakan lain.
Begitulah luahan lelaki ini yang senang disapa sebagai Weng melalui satu video di TikTok apabila rakannya didakwa membolot mikrofon tanpa memberi peluang kepada rakan-rakan lain untuk turut sama berhibur.
“Aku tengah minum dengan member, tiba-tiba ada member aku lagi seorang ajak pergi karaoke. Dia kata pukul 6:30 petang jumpa dekat bawah.
“Nak pergi ke satu pusat karaoke ni. Jadi petang tu apabila dah sampai, dia minta naik kereta aku untuk gerak sekali. Aku cakap okay la kita pergi tiga orang naik kereta aku.
“Apabila sampai di pusat karaoke tu, tengok harga dua jam RM50. Kami pun bayar tong-tong (kongsi) bertiga. Kami pun mula menyanyi,” cerita Weng.
Menurut Weng, pada mulanya sesi liburan itu berjalan lancar tetapi tidak lama selepas itu salah seorang rakannya mula menunjukkan belang sebenar.
“Aku pilih lagu dulu. Aku pun nyanyi. Lepas tu member aku pilih satu lagu pula. Dia pun menyanyi.
“Tiba-tiba sampai giliran dekat seorang lagi member aku ni, dia terus pilih tujuh lagu straight. Kau rasa macam mana? Ini kali pertama kau pergi karaoke ke?
“Kau tahu kan kalau pergi karaoke dengan kawan-kawan dan bayar kongsi, pilih lagu tu selang-seli bukannya kau seorang je nyanyi tujuh lagu sampai berapa minit.
“Baik kau pergi pusat karaoke seorang dan bayar seorang, nyanyi la puas-puas. Ini kau dah ajak orang, aku dengan member aku boleh tengok je dia menyanyi,” kata Weng penuh geram.
Lebih menguji kesabaran apabila Weng akhirnya mendapat ruang untuk menyanyikan lagu pilihannya tetapi rakannya itu dikatakan mencuri masuk untuk berduet sekali.
“Aku tengah sedap-sedap menyanyi, eh kau nak masuk dalam lagu aku pula? Aku tengah menyanyi kau sibuk pegang mikrofon nak masuk aku punya (slot) nyanyian.
“Dah la kau pilih tujuh lagu, lepas tu lagu aku pun kau nak nyanyi. Apa cerita la kau ni mat. Lepas ni kau jangan la ajak kitaorang karaoke.
“Kau pergi la seorang diri. Kau kena tahu kalau karaoke dengan kawan-kawan, kita ada law dan etika dia macam mana nak pilih lagu.
“Bukannya kau pilih semua lagu nak nyanyi untuk kau seorang. Kalau kau bayar seorang tak apa, kitaorang pun sudi jadi pendengar setia kau nyanyi,” ujar Weng memberikan peringatan.
Tambah Weng lagi, pakej bagi sesi karaoke tersebut disertakan bersama jamuan ringan, namun rakannya itu sekali lagi membuat ‘perangai’ yang mengundang kemarahan.
“Waktu karaoke tu ada la makan. Kami ambil pakej tiga gelas air dengan 10 sosej.
Sebahagian komen warga maya.
“Darpadai 10 sosej tu, lapan dia makan, aku dengan kawan aku makan seorang seketul. Bayar sama-sama kot.
“Tujuh lagu kau nyanyi, sosej lapan ketul kau rembat, duit minyak kereta aku pun kau tak bayar, baik kau pergi sendiri je. Hidup cuba jangan pentingkan diri sangat,” ujar Weng hampir hilang sabar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memahami situasi yang dihadapi Weng.
“Dia melawan hukum karaoke dengan kawan-kawan ni.
“Pernah kena macam ni. Itulah kali pertama dan terakhir aku ajak dia karaoke sekali.
“Sangat memahami, kita disidai (menunggu) je dalam bilik karaoke tu, padahal bayar sekali,” kata sebahagian warga maya.
Sumber : MSTAR ONLINE
Hiburan
Shuib, Watie Nikah 23 Jun 2023 Tanpa Majlis Resepsi, Syukur Dapat Tajaan RM1.7 Juta

Pelakon dan pelawak Shuib mengumumkan tiada sebarang majlis resepsi untuk perkahwinannya bersama pasangannya, Watie Hanifah yang akan berlangsung pada 23 Jun ini.
Menurut Shuib, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dan hanya melangsungkan majlis khatam, berinai dan akad nikah.
“Untuk majlis pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah. Tetapi, takkan ada majlis resepsi kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
“Majlis ini kami adakan sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah itu akan ada pelamin. Jadi, dapatlah bergambar bersama keluarga.
Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya nak ini menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga,” katanya.
Perkara itu telah dikongsikan oleh Shuib ketika ditemui di sesi sidang media Walimatulurus Shuib dan Watie, di Astro Bukit Jalil, hari ini.
Selain itu, Shuib juga memaklumkan mereka telah mendapat tahaan mencecah lebih RM1 juta sempena majlis itu.
“Untuk penajaan, ia membabitkan majlis khatam Al-Quran, berinai sehinggalah akad nikah. Nilainya mencecah lebih RM1 juta termasuklah barangan kemas.
“Tetapi, bukanlah semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga,” jelasnya.
Shuib juga menyatakan majlis itu hanya terhad kepada 600 tetamu dan akan diadakan di Putra Glass House, Putra Height.
Majlis ini juga akan ditayangkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis serta perjalanan cinta Shuib dan Watie, Walimatulurus Shuib dan Watie.
Program tiga episod itu akan menemui penonton secara esklusif bermula 24 Jun, 9 malam di Astro Ria.
Terdahulu, pasangan Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.
Sumber:Xtra
Hiburan
Disangka lelaki tunjal kepala wanita, pengguna FB buat laporan polis – “Ramai serang aku”

Seorang pengguna laman Facebook terpaksa membuat laporan polis selepas terdapat netizen menyangka dia adalah suspek lelaki yang mengasari seorang pemandu wanita berhubung penularan sebuah video di media sosial sejak semalam.
Menurut Mamatt Khalid XV, salah faham terjadi apabila seorang individu dalam senarai rakan Facebook ‘menyeru’ nama akaunnya pada video tular tersebut sebelum warganet mula menjalankan ‘tugas’ mereka.
Penafian! Pelaku bukan saya
Mamatt berkata, susulan kekeliruan yang timbul, dia seolah-olah terkejut apabila diserang oleh ‘tentera bawang’ sehingga membabitkan ahli keluarganya.
“Disebabkan ramai yang serang aku kat komen dengan messenger mengatakan aku ni adalah si musibat (suspek lelaki) yang kat dalam video yang viral ni.
“Aku dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bukan aku pelaku dalam video tersebut. Disebabkan salah sorg dalam friendlist aku tag nama aku. Tak memasal aku kena serang bertubi-tubi.
“Harap pemilik video dengan adik dia (mangsa) dapat bagi pencerahan. Aku dah hubungi dua beradik ni tapi takde respon,” tulisnya.
Tambah Mamatt, tindakan membuat laporan di Balai Polis Gombak, Selangor adalah untuk melindungi dirinya serta ahli keluarga apatah lagi fitnah yang dilemparkan orang ramai.
Setelah berbincang dengan mereka uang terdekat dan mendapatkan nasihat daripada peguam. Dan yakin segala bukti memang mencukupi.
“Kita teruskan, demi maruah keluarga kecik aku. Habis anak, bini, arwah bapak aku kena petik. Untuk “mereka-mereka” yang serang aku dari 2.30 petang hingga maghrib tadi (semalam). Ada hadiah untuk kalian,” katanya.
Terdahulu, suspek lelaki yang berusia 29 tahun bertindak menunjal kepala pemandu wanita berpunca daripada perselisihan faham di jalan raya.
Menurut laporan Utusan, kejadian itu berlaku pada petang Isnin ketika mangsa yang berusia 24 tahun dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah bersama adik lelakinya.
Bagaimanapun, penyelia kilang di Serdang, Selangor itu sudah direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan.
Sumber: Facebook Mamatt Khalid XV, Utusan (Asliza Musa),Omm
Hiburan
Lelaki Tunjal Kepala Pemandu Wanita, Selebriti Luah Rasa Berang!-“Nak Kenal Bab* Ni..”

Baru-baru ini tular satu video di Facebook yang memaparkan seorang lelaki yang memarahi seorang wanita yang didakwa telah memandu secara berbahaya.
Lelaki berkenaan turut bertindak mengetuk cermin kereta pemandu itu sebelum mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak memukul kepala mangsa.
Video yang tular itu turut mendapat reaksi oleh pelakon, Yana Samsudin menerusi hantaran di Instagram, mempersoalkan tindakan lelaki berkenaan yang memukul pemandu wanita itu.
“Tak gentle la pukul perempuan. Roadbully camni kena kasi ajar sikit adab dan etika sebagai manusia.”-kapsyen Yana Samsudin di Instagram
Barisan Selebriti Luah Rasa Berang!
Dalam pada itu, perkongsian Yana turut dihujani dengan komen netizen serta rakan selebriti Rozita Che Wan, Zulin Aziz, Nana Sheme, Neeta Manis, Sharif Zero, Mustaqim Bahadon, Haiza Hanafi dan ramai lagi yang berang dengan lagak samseng lelaki berkenaan yang biadab terhadap mangsa.“Nak jugak kenal bab* ni!! Kuqang ajaq sangat….eeee.”- Rozita Che Wan
Aikk lelaki ke perempuan takyah la pukul. Ini bukan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Sedih bila tengok benda macam ni.”- Brian Masterchef
“Kalau dia betul buat salah bang nak sound dia terserah abangkah tapi abang naik tangan tu adeh..”-Mustaqim Bahadon
“Sapa dia, tak kenal!!!.”-Haiza Hanafi
“Abang ni ngan perempuan dia tepuk-tepuk lah. Cuba abang gadang besar yang bawak kereta tu. Suka hati je tepuk dahi orang. Siap cakap tak kenal dia siapa. Gangster pun tak buat macam ni bang. Dia tau bukan lawan dia. Memang taraf-taraf gangster pukul perempuan ke apa.”-Zuliz Aziz
Menurut laporan Harian Metro, lelaki yang dirakam memukul kepala pemandu wanita itu telah ditahan pihak polis dan dibawa ke Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut.
Sumber:Murai my
-
Hiburan5 months ago
Tahniah.. Eman Manan & Ogy Akhirnya Disatukan Kembali? Ini Cinta Yg Terputus Tidak Dapat Diganti..
-
Hiburan5 months ago
Masih Ingat Pelakon Irma Hasmie? Selepas 11 tahun berkahwin,Tak sangka begini Kehidupannya skrg “ dah jadi macam ni”..
-
Hiburan2 months ago
Takda masalah, dia isteri kedua ayah..” Anak2 sudah jumpa Ira Kazar.. Tak sangka ini pendedahan Syamsul bila mereka berjumpa..
-
Hiburan3 months ago
“Latu request nak jafi Ratu”- Alha Alfa
-
Hiburan2 months ago
Nampak perubahan kamal..mereka pun masih takvt kerana..” Setelah kejadian Haritu, Ini keadaan terkini Kamal adli
-
Hiburan2 months ago
Sha adalah mngsa pndera4n..” Shil Amzah bongkar rahsla besar keluarga
-
Hiburan2 months ago
Ibu Syamsul titip pesan,, untuk puteri sarah buat n3tizen sebak
-
Hiburan2 months ago
Anak tlada MasaIah..dah tahu saya Nak bercerai.. Dia terus..” Baru je selesai mahkamah, Ini yg Ank sarah cakap