Dah tua ni patutnya kuat buat amal? Tok ti kongsi lakukan senaman, Tk sangka sesuatu jadi pada lG

Meskipun sibuk dengan kerjaya sebagai seorang penyanyi dan usahawan, ia tidak menjadi penghalang buat figura Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk kekal sihat dengan melakukan pelbagai jenis aktiviti senaman.

Malah, Siti juga tidak lokek berkongsi mengenai rutin dan tips senaman yang dilakukannya kepada peminat di laman sosial.

Terbaharu, menerusi satu muat naik di Instagram, pelantun lagu Purnama Merindu itu dilihat sedang melakukan senaman dengan menggunakan tali battle rope sehingga menarik perhatian wargamaya.
“Fokus, semangat dan bertenaga macam Afwa,” tulisnya pada kapsyen.

Rata-rata netizen dan beberapa rakan selebriti menzahirkan rasa kagum melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu.

Bagaimanapun, disebalik kata-kata moral yang diberikan kepada Siti, wujud seorang individu yang bertindak meninggalkan komen kurang sopan di ruangan balas.

Kata individu tersebut, pada usia sekarang, Siti seharusnya memperbanyak amal ibadah berbanding membuat persediaan untuk menjayakan konsert atau persembahan.

“Dah tua ni sepatutnya buat amal tapi kuat untuk konsert dan persembahan pula,” tulisnya. Namun, kenyataan individu berkenaan telah disangkal oleh beberapa netizen kerana merasakan urusan amal ibadah tidak perlu didedahkan kepada umum.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Dah kerjaya dia sebagai penyanyi, mestilah peminat nak tengok konsert dia. Amal awak pula dha banyak sangat ke? Siti tahulah apa dia buat,” kata seorang wargamaya.

Amboi awak tahu ke amalan yang Siti buat selama ni? Btw kesihatan memang perlu dijaga juga ya,” komen seorang netizen. “Kalau soal amalan, itu antara dia dengan Allah,” tegas seorang netizen.

Sumber : Gmpak

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *