Syamsul ada Call untuk berbincang – Puteri Sarah

Pada Isnin, pelakon Puteri Sarah Liyana telah memfailkan penceraian terhadap suaminya yang juga merupakan pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Belum berjumpa

Ketika ditemui OhBulan! di perkarangan kompleks, Puteri Sarah menyatakan Syamsul ada menghubunginya menerusi kiriman mesej di WhatsApp pada Ahad.

Kata aktres berumur 38 tahun ini, Syamsul mengajak untuk bertemu dan berbincang mengenai konflik rumah tangga mereka yang sudah berlanjutan sehingga empat tahun.

Syamsul ada hantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp untuk ajak berjumpa dan berbincang. Tetapi, saya tidak jawab. Saya sibuk dengan penggambaran, sama juga dengan Syamsul.

Tunggulah, mungkin (jawab) selepas ini. Sebelum ke sini (Mahkamah Syariah Kuala Lumpur), Syamsul beri kata-kata terakhir, tetapi saya tak boleh kongsi.

Anak-anak belum faham

Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin yang ditemani dua adiknya, Puteri Sofia Nadira dan Megat Imran Ikram serta peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata anak-anak masih tidak memahami dengan situasi tegang ini.

Anak-anak tidak tahu apa-apa dan mereka masih berada di bawah jagaan mak dan ibu mentua saya.

Mereka gembira seperti biasa dan tidak tahu apa-apa mengenai proses permohonan perceraian hari ini.

Poligami itu indah

Dalam pada itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu sekali lagi menegaskan dia bukan antipoligami seperti yang diperkatakan netizen.

Ingin ditekankan bahawa saya bukanlah antipoligami dan ada juga orang label saya sebagai isteri derhaka kerana menuntut cerai.

Sebenarnya poligami itu indah jika seorang suami itu bersikap adil tetapi saya ditipu oleh suami sendiri sebab dia sendiri tidak mahu berbincang sebelum ini.

Jadi, semua benda pun sudah berlaku dan selama ini sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangga.

Sekadar info,Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.

Terkini!! Setelah dipujuk oleh Syamsul Yusof, Air Mata Puteri Sarah tak tertahan… Puteri Sarah batalkan permohonan cerai..?

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *