Kerata baru lra? Sarah dedah Bini muda dapat sesuatu dari suami bkan biasa

Pelakon, Puteri Sarah Liyana menolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwanya sebagai seorang wanita yang mahukan harta suami.

Dalam hantaran di Instagram Story itu, Sarah berkata, dia adalah wanita berkerjaya dan menggunakan wang hasil kerja kerasnya sendiri walaupun untuk bercuti.

“Baru balik ‘shooting’ (penggambaran). Maklumlah, ibu yang bekerja mencari rezeki, kan. Alhamdulillah, rezeki tak putus.

“Sekarang, tengah kemaskan barang untuk percutian ke Tokyo sebab esok (hari ini) dah nak terbang (menaiki kapal terbang). Kerja keras, bergembira sepenuhnya.

Cuma, saya tertanya-tanya. Kenapa saya pula yang dikata nak harta suami? Pergi bercuti pun guna duit sendiri,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, isteri kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof itu juga meluahkan persoalan yang bermain di dalam fikirannya, namun tidak menyebut sebarang nama.

“Yang belah sana itu minta macam-macam. Keretalah, duitlah. Siapa yang kerja? Siapa yang meminta? Kelakar. Maruah tak ada kerana duit,” tulisnya.

Ulasan sepenuhnya dari chanel kokoci tv.

Hantaran itu turut disertakan dengan video pendek memaparkan beberapa pakaian yang sedang dikemas Sarah untuk percutian ke Jepun itu. Syamsul sebelum ini memaklumkan sedang berusaha membaiki hubungannya dengan Puteri Sarah, malah meminta isteri pertamanya itu pulang ke rumah dan berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pengakuan melalui video di Instagram dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, Kazar Saisi.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 serta dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3, lapor SatuBerita.

Sumber Hmetro

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *