Kehilangan kapal kargo kekal misteri, Ibu sebak kali terakhir dgr suara anak awal Januari.

Ratna berdoa agar anaknya selamat kembali ke pangkuan keluarga.
IBU kepada salah seorang kru kapal kargo MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang terus berdoa agar anaknya bersama rakan-rakan lain ditemui selamat.

Kehilangan kapal itu kekal menjadi misteri apabila tiada khabar diterima sejak kapal kargo itu dilaporkan hilang pada 9 Januari lalu.

Ratna Abu, 53, berkata, dia tidak dapat menahan rasa bimbang dan berharap anak bongsunya Mohammad Sudeh Sudin, 20, selamat pulang ke rumah.

Ratna memberitahu perkara itu kepada Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong ketika menziarahi keluarga Sudeh yang tinggal di Sandakan, Sabah.

“Sangat menyayat hati melihat ibu Sudeh menangis dan risau tentang anaknya,” kata Wong.

Dalam pada itu ibu Sudeh berkata, sehingga kini masih tiada khabar berita mengenai kedudukan anaknya sejak mereka menerima berita kehilangan kapal kargo itu.

 

Wong berkata, ibu Sudeh juga berada dalam keadaan sangat lemah kerana dibelenggu rasa bimbang tentang nasib anaknya.

“Mereka (keluarga mangsa) tidak tahu apa yang berlaku kepada anak mereka dan rakan-rakannya yang lain,” kata Wong.

Ratna memaklumkan kali terakhir mendengar suara Mohammad Sudeh Sudin, 20, ketika anaknya itu menghubungi keluarga pada awal bulan ini.

Dalam pada itu Wong berkata, Kabinet dijangka membincangkan isu kehilangan kapal kargo itu.

“Kita berdoa agar misi mencari dan menyelamat dapat dijalankan dengan sebaik mungkin dan semua anak kapal ditemui dalam keadaan selamat.

“Selain itu kita juga berharap agar ahli keluarga mereka terus tabah menghadapi situasi itu,” tambahnya.

Awal minggu ini, ahli keluarga seorang lagi anak kapal Derrent Littor, 22, dari Kota Kinabalu menyeru pihak berkuasa agar tidak berputus asa mencari kapal yang hilang itu dan lima anak kapalnya terdiri daripada dua rakyat Indonesia dan tiga warga Malaysia.

Keluarga mangsa menjelaskan bahawa mereka bercakap dengan Derrent pada 1 Januari dan ketika itu dia katanya dia berada di perairan Singapura.

Kapten kapal itu dikenali sebagai Adi, 43, dan ketua juruteranya Damai Papane Ole, kedua-duanya warga Indonesia manakala ketua operasi kapal itu, Mohammad Syafarizan Mohd Noor, 24 adalah warga Malaysia.

Pada Rabu, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som memberitahu pihaknya akan merakam kenyataan daripada pemilik dan ahli keluarga anak kapal kapal kargo yang hilang itu dalam siasatan mereka.

Beliau berkata, siasatan itu diperlukan bagi mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan mengenai kehilangan kapal itu.

Mereka juga ingin memastikan sama ada piawaian keselamatan kapal dan kebajikan anak kapal dijaga.

Laksamana Mohf Zubil juga berkata bahawa mereka perlu tahu mengapa kapal itu dilaporkan hilang hanya pada 9 Januari sedangkan ia sepatutnya tiba di Kuching pada 31 Disember.

Kapal itu membawa muatan batang paip bernilai RM726,205 dan hilang di perairan Indonesia.

Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) membatalkan pencarian pada 14 Januari selepas tiada sebarang petunjuk baharu ditemui. -The Star

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

About admin

Check Also

[VIDE0] Rvgi ratusan jut4 ringgit, pemilik Jakel pasr4h dan reda

SHAH ALAM – Pemilik gedung tekstil terkemuka, Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *