Jgn Main2 Naluri Isteri, Sarah Dedah Detik Awal Suami Kant0i? Ini Yang Sarah Buat Rupanya

Pelakon, Puteri Sarah Liyana berkongsi bagaimana dirinya diberi petunjuk oleh Allah selepas seminggu menunaikan solat sunat Tahajjud tentang perbuatan curang suaminya, Syamsul Yusof.

Menerusi rakaman sesi live bersama Neelofa yang dimuat naik oleh akaun @amyqahsrina baru-baru ini, Puteri Sarah menceritakan bahawa Allah memberinya petunjuk selepas seminggu mengamalkan solat sunat.

“It took me one week untuk Allah tunjuk semua, macam Allah buka hijab I (pandangan). Mula I macam CSI, zing dapat tahu,” kongsi Sarah sambil ketawa.

Namun begitu, Sarah merasakan caranya berdoa meminta kepada Allah tidak tepat kerana dia memohon kekuatan sebaliknya meminta kesabaran dan ketenangan.

Sebelum ini, I selalu minta ya Allah ya Rahman ya Rahim berikan aku kekuatan. Bila kita minta kekuatan, memang Allah akan bagi kita ujian banyak-banyak sebab bila Allah uji kita, kita kuat. Memang betul I dapat tu. Kau mintak macam tu kan.

“Tapi sepatutnya berdoa berikan aku kesabaran dan ketenangan untuk menghadapi segala masalah yang ada. Barulah kita tenang, kita sabar.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan perkongsian Sarah dan ramai yang berkongsi mereka turut mengamalkan amalan yang sama dan mengalami pengalaman sama.

“Satu Je Akak Suka Nga Puteri Sarah..Dia Selalu Memohon Dan Merintis Dgn Allah..Selalu Pergi Depan Kaabah Bila Dia Dalam Kesusahan..”

“Dulu Seblum Cerai Pun Say Buat Istiqarah… Cukup 7 Hari.. Hari Ke 8 Berpisah.. Tapi Saya Tak Sedih Sebab Saya Tahu Tu Jawapan Terbaik Dari Allah”

Terdahulu, Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Syamsul Yusof selepas membuat pengakuan telah berkahwin dengan Ira Kaza di Thailand.

Puteri Sarah kunci mulut soal masih sayang Syamsul atau tidak

Kuala Lumpur: “Saya enggan jawab pertanyaan itu.” Itu reaksi pelakon Puteri Sarah Liyana yang memilih untuk mengunci mulut sama ada dirinya masih menyimpan rasa sayang terhadap suaminya yang juga pengarah Syamsul Yusof.

Puteri Sarah berkata, kelmarin Syamsul ada menghubungi dan mengajaknya berbincang mengenai tuntutan cerai yang difailkan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam.

Bagaimanapun Puteri Sarah tidak dapat berkongsi butiran terperinci mengenai mesej yang dihantar anak penerbit Datuk Yusof Haslam itu.

Syamsul ada hantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp untuk ajak berjumpa dan berbincang. Tetapi, saya tidak jawab.

“Tunggulah, mungkin (jawab) selepas ini. Sebelum ke sini (Mahkamah Syariah Kuala Lumpur), Syamsul beri kata-kata terakhir, tetapi saya tak boleh kongsi butirannya,” katanya.

Menurut Puteri Sarah, selepas proses memfailkan perceraian terhadap Syamsul dia mahu menjalani kehidupan peribadi dengan lebih tenang dan fokus kepada ibadah.

“Saya tidak kisah jika kes ini berlarutan. Namun, apa yang penting, saya lega kerana sudah memfailkan tuntutan perceraian. Ini adalah langkah pertama.

“Saya akan mengerjakan umrah pada 26 Januari ini, jadi saya tidak mahu ada masalah yang tidak selesai.

“Segala-galanya sudah terjawab. Saya mahu pulang dari Umrah dan memulakan kehidupan baharu bersama anak-anak,” katanya.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.

Video,

Sumber BN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *