“Sejujurnya abang masih sayang..” Kurang Sebulan dari tarikh Talak.. Video sekitar perkahwinan Puteri Sarah & Syamsul pula tular undang hiba..

Dalam saman yang dikemukakan pelakon Puteri Sarah Liyana, isteri kedua kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin perlu memasukkan pembelaannya dalam tempoh sebulan.

Peguam yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditemui selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rofiah Mohamad di sini berkata, mahkamah sudah arahkan pihak defendan (Ira Kazar) untuk memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan.

“Jika perlu jawab kita (plaintif) akan jawab, jika tidak mahkamah akan tetapkan tarikh bicara,” kata Akberdin turut memberitahu, mahkamah juga menetapkan 23 Ogos ini untuk pengurusan kes seterusnya.

Pada masa sama, beliau memaklumkan mahkamah turut mengekalkan perintah interim injuksi yang antaranya defendan serta pihak berkaitan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa saja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.

“Pihak defendan tidak membantah dan perintah interim injuksi itu dikekalkan mahkamah. Sebelum ini plaintif sudah mendapatkan perintah interim injuksi dan permohonan itu sudah dihantar kepada defendan pada 28 Jun lalu dan sudah diterimanya,” tuturnya.

Bagaimanapun, Puteri Sarah dan Ira tidak hadir ke mahkamah hari ini. Ditanya adakah kes saman ini berkemungkinan akan diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak, Akberdin berkata, setakat ini kedua-dua belah pihak belum ke arah itu.

“Sekiranya ada inisiatif (selesai cara baik) kita tengok dulu. Kita bukan ‘arrogant’ (meninggi diri) jadi asalkan tawaran itu logikal kita akan pertimbangkan selepas mendapat arahan anak guam (Puteri Sarah),” ujarnya.

Selain Akberdin, peguam plaintif yang turut hadir dalam pengurusan kes itu ialah Siti Natasha Basheer Hassan dan Ummi Kartini Abd Latiff.

Sementara itu, peguam Ammar Ghalip yang mewakili Ira Kazar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya perlu memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan sebelum atau pada 4 Ogos ini.

“Saya sudah memasukkan dan menyerahkan kehadiran kepada plaintif dan hari ini mahkamah mengesahkan defendan (anak guam) sudah melantik peguam dan kehadiran dimasukkan pada Jumaat lalu,” jelasnya.

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *