Lepaskan dengan cara baik sol..” Yusof Haslam Mohon Syamsul jumpa ibubapa Puteri Sarah.. Sekali Ini Pula berlaku..

KUALA LUMPUR: Produser, Datuk Yusof Haslam enggan mengeruhkan keadaan dengan mengeluarkan kenyataan berhubung permohonan cerai difailkan menantunya, Puteri Sarah Liyana terhadap anaknya, Syamsul Yusof di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Yusof berkata, dia dan isteri, Datin Patimah Ismail hanya mendoakan terbaik buat rumah tangga anak dan menantunya, sambil berharap dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya tidak mahu komen dan memanjangkan lagi isu ini. Cuma, doakan terbaik buat Sarah dan cucu-cucu kami.

“Semoga Allah lindungi kita semua. Yang baik datang daripada ALLAH dan segala kekurangan dan kelemahan itu datang daripada kita,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Kalau Syamsul tak mahu cerai, Puteri Sarah ada jalan lain
Syamsul sibuk di lokasi penggambaran The Original Gangster
Anak-anak tak tahu, masih kecil memahami perpisahan.

Terdahulu, BH Online melaporkan, Yusof sudah memujuk menantunya, Puteri Sarah supaya menimbang semula keputusan mahu menuntut cerai daripada anaknya, Syamsul.

Biarpun berharap supaya perceraian itu tidak akan berlaku, Yusof tetap akur dengan pendirian diambil Puteri Sarah.

Sementara itu, Syamsul dilihat masih mengambil pendekatan berdiam diri daripada memberi kenyataan berhubung tindakan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana memfailkan perceraian hari ini.

Usaha BH mendapatkan komen Syamsul gagal apabila pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu tidak membalas mesej dan menjawab panggilan.

Malah, tinjauan dalam laman sosial miliknya turut mendapati masih tiada sebarang hantaran yang mempunyai kaitan dengan tindakan Puteri Sarah, sebaliknya, Syamsul hanya memuat naik hantaran memaparkannya sedang sibuk menjalani penggambaran.

Puteri Sarah hadir ditemani dua adiknya, Puteri Sofia Nadira dan Megat Imran Ikram untuk memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi. – NSTP/Aswadi Alias

Puteri Sarah hadir ditemani dua adiknya, Puteri Sofia Nadira dan Megat Imran Ikram untuk memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, Puteri Sarah ketika ditemui pemberita selepas prosiding memfailkan perceraian berkata, Syamsul ada menghubunginya untuk mengajak berbincang mengenai tuntutan cerai itu, semalam.

Akan tetapi, katanya, masing-masing masih belum berkesempatan membuat sebarang perbincangan berikutan sibuk dengan jadual penggambaran.

Tarikh sebutan kes permohonan cerai Puteri Sarah terhadap Syamsul ditetapkan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 7 Mac depan, iaitu secara kebetulan, sehari sebelum ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka.

Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Selepas diasak beberapa kali oleh Puteri Sarah, akhirnya Syamsul meleraikan spekulasi apabila mengesahkan sudah berkahwin dengan anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu.

Topik berkaitan kemelut rumah tangganya dengan kehadiran Ira sebagai isteri kedua sudah berlarutan hampir dua minggu dan hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ di media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *