Terus berubah wajah, Netlzen Panas wartawan tiba2 tanya soalan Ini dekat Sarah di depan orang ramai

Kita mula (berumah tangga) pada 8 Mac (2014), kita habiskan 8 Mac ini.” Itulah antara kata-kata keramat Puteri Sarah Liyana, yang nekad mahu berpisah meskipun telah hampir 9 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya.

Dia turut lega apabila prosiding hari ini berjalan selesai, malah diibaratkan suatu beban besar sudah terlepas daripada bahunya. Anak tak tahu apa-apa… tapi memang dah bincang dengan Datuk & Datin, mereka hormat pilihan Sarah
Terdahulu, pelakon berusia 38 tahun ini akui masih belum maklumkan kepada Syaikhul Islam dan Summayah berhubung mahu berpisah dengan bapa mereka.

Hal ini kerana, umur kedua-dua anaknya itu masih kecil serta belum memahami situasi sebenar. Bagaimanapun, Puteri Sarah sudah bincangkan perkara ini bersama ibu bapa Syamsul dan mereka hormat segala pilihannya.

Orang luar tidak tahu, ada sebab kenapa dia (Datin) jadi begitu…hanya saya, pihak sebelah sana & JAWI saja tahu.

Ditanya mengenai kelantangan Datin Patimah Ismail tegur anaknya di media sosial, Puteri Sarah bagaimanapun mempertahankan perkara itu. Ujarnya secara ringkas, ini kerana terdapat banyak isu dalaman yang berlaku namun tidak didedahkan kepada umum.

Justeru, dia meminta kerjasama semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya mengecam tindakan ibu mentuanya. Sejujurnya masih sayang Syamsul? lni respon spontan Puteri Sarah (minit 1:30)
Sepanjang di mahkamah pagi tadi, pelakon drama `Melastik Ke Hatimu’ ini akui fokusnya adalah tanggungjawab terhadap anak-anak.

Namun apabila ditanya masihkah ada lagi perasaan sayang kepada Syamsul, Puteri Sarah dilihat pejamkan matanya buat seketika sebelum menolak secara balk daripada jawab persoalan berikut.

Antara reaksi netizen.

Sumber : kisahdunia

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *