Keluar Saja Dari Mhkamah, Ini Kata-Kata Puteri Sarah, ‘Tak Ada Rezeki, Cukup 9 Tahun Jadi Isteri Syamsul’

Itu reaksi pelakon Puteri Sarah Liyana ketika menjelaskan tarikh sebutan kes permohonan cerai terhadap suami, Syamsul Yusof yang ditetapkan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini pada 7 Mac depan, iaitu secara kebetulan, sehari sebelum ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka.

Puteri Sarah berkata, tempoh sembilan tahun hidup bersama Syamsul disifatkan sudah memadai. “Tarikh ditetapkan mahkamah iaitu 7 Mac sangat signifikan di mana pada 8 Mac ini, cukup sembilan tahun (usia perkahwinan).

“Cukuplah sembilan tahun saya jadi isteri kepada Mohd Syamsul… Nampaknya, tiada rezeki sudah,” katanya kepada pemberita sejurus menyudahkan prosiding memfailkan perceraian terhadap Syamsul di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Puteri Sarah berkata, sepanjang tempoh perkahwinan terutama ketika mereka dilanda krisis, beliau sudah melaksanakan tanggungjawab terbaik sebagai isteri.

Sarah sudah jalankan tanggungjawab dengan terbaik. Sarah juga sudah berbincang dengan keluarga termasuk mentua, berjumpa ustaz dan melakukan solat istikharah agar diberi petunjuk. “Inilah yang terbaik dan Allah sudah tunjukkan jalan,” katanya.

Mengenai dakwaan konon beliau anti poligami, Puteri Sarah berkata, “Poligami itu indah kalau suami bersikap adil. Tetapi dalam kes ini, Sarah ditipu dan tidak diajak berbincang,” katanya.

Puteri Sarah lega prosiding memfailkan perceraian selesai dengan lancar, malah, mengumpamakan suatu beban sudah terlepas daripada bahunya.

Sumber : BH

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *