Ira Kazar dan beberapa ahli keluarga berdepan dakwa4n melangg4r perintah injvnksi

Kuala Lumpur: Pihak peguam Puteri Sarah Liyana akan mengambil tindakan lanjut di Mahkamah Sivil, di sini, susulan tindakan isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dan beberapa ahli keluarga Ira yang didakwa melanggar perintah injunksi seperti yang sudah difailkan tahun lalu.

Peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, mereka akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira, bapa dan kakaknya kerana secara terang-terangan melanggar perintah injunksi yang dikeluarkan Mahkamah Sivil sebelum ini.

“Perintah itu kekal sehingga hari ini tapi mereka tak patuh. Kita akan minta mahkamah untuk jatuhkan hukuman penjara dan denda. Kita akan tunjukkan jenis-jenis perlanggaran yang sudah dilakukan.

“Perlanggaran perintah kali ini memang agak dahsyat. Mereka sepatutnya tidak boleh mendekati Syamsul tetapi kali ini agak berlebihan apabila mereka pula berkahwin di luar negara tanpa dapat izin mahkamah di sini,” katanya.

Pada 28 Jun tahu lalu, Puteri Sarah menerusi peguamnya menyerahkan perintah injunksi interim kepada pihak defendan iaitu Ira.

Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu agar defendan berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di media sosial atau mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.

Perintah terbabit juga bagi memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.

Sumber:Hm

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *