Lepas Kazar kini Kakak lra pula dikacav? Baru je Adik kawin, Kakak lra tk sangka ini yg terjadi

Gara-gara pernikahan kontroversi mereka di Thailand, boleh dikatakan hampir saban hari ada sahaja berita perkembangan terbaru membabitkan Syamsul dan Ira Kazar.

Malah kebanyakan netizen juga sanggup stalk media sosial ahli keluarga pasangan tersebut selain Puteri Sarah Liyana, selaku isteri pertama. Bila masa pula aku bagi statement…yang `kuban-kuban’ je.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba nama kakak sulung kepada Ira Kazar pula telah terkait dengan fitnah. Perkara itu sekali gus mengundang rasa tidak puas hati Melor Hariante, melalui laman IG Story miliknya kelmarin.

Duduk diam pun kena juga…di bumi apakah aku duduk ni? Terdahulu, ada pihak blogger mengeluarkan artikel tidak benar konon Melor didakwa berikan kenyataan mempertahankan adiknya, Ira.

Walhal, wanita ini menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah buka mulut Iangsung berhubung isu pernikahan adiknya meskipun banyak terima kecaman daripada netizen.

Melor merupakan anak sulung daripada 5 beradik yang cukup rapat dengan bapanya. Untuk rekod, Melor Hariante merupakan anak sulung daripada 5 beradik hasil perkahwinan pelakon Kazar Saisi dan Rashidah Latiff.

Ibu kepada 3 anak berusia 40 tahun ini, bahkan turut menemani bapanya hadir ke Anugerah Seri Angkasa 2022 yang berlangsung pada bulan lalu.

Bapa Ira Kazar yang menjadi isteri kedua Syamsul Yusof, iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi mencuri perhatian pengikut Instagram (IG) apabila mendakwa sudah penat dibuli.

Kazar meluahkan harapannya agar apa yang dilalui sekarang, dipercayai berkaitan kontroversi pernikahan anaknya, akan reda, suatu hari nanti.

Kazar meluahkan emosi itu dalam hantaran IG dengan visual atau latar belakang hitam, namun, bertindak memadam entri terbabit, tidak lama kemudian.

Kapsyen mengiringi hantaran itu berbunyi:

“Rehat kejap. Penat kena buli.… Huhu , c u (see you) at some fine day (jumpa kamu suatu hari nanti).”

Dipercayai hantaran itu susulan kekecohan tercetus selepas Syamsul mengesahkan bernikah dengan Ira di Thailand, Jumaat lalu.

Syamsul menyebut Kazar menjadi wali majlis nikah itu dengan foto mereka tular dalam media sosial.

Berikutan itu, Kazar yang terkenal dengan watak Pak Samad dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, turut terkena tempias kecaman netizen.

Sumber Mstar

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *