Connect with us

Hiburan

Dider4, dibu4ng tepi jalan

Published

on

Kajang: Kanak-kanak lelaki ditemukan dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan, jari dan dahi di tepi jalan di Cheras Utama di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kanak-kanak dianggarkan berusia tiga hingga empat tahun itu ditemukan orang awam pada jam 11.30 malam.

“Susulan itu sepasukan anggota polis ronda cegah jenayah (RCJ) dikejarkan ke lokasi kejadian dan menemukan mangsa di tepi jalan berhampiran sebuah apartmen.

“Pemeriksaan mendapati kanak-kanak mempunyai kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan, jari dan dahi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, hasil pemeriksaan lanjut terhadap mangsa tidak menjumpai sebarang butiran atau dokumen pengenalan diri.

“Mangsa yang berpakaian lengkap ketika dijumpai dipercayai warga asing kerana tidak mempunyai sebarang kesan suntikan vaksin di bahu dan mangsa juga tidak memahami serta tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa tempatan.

“Mangsa kemudiannya dirujuk dan ditempatkan di Wad Kanak-kanak Hospital Kajang bagi rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan mangsa berada di dalam keadaan sihat dan stabil,” katanya.

Menurutnya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mempunyai elemen penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

“Polis menyeru orang awam atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini menghubungi mana-mana balai polis berdekatan ataupun berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Mohd Zaiyaudi Mohd Yaakub di talian 019-5355395 bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber:Hm

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

Yang Fitnah Dah Minta Maaf? Nanti Dekat Kubur Merangkak Cari Aku” – Mira Nafi Jadi Punca View Chin & Ah Moi Cerai

Published

on

By

Baru-baru ini, tular video di laman Facebook memaparkan influencer sensasi bernama Mira menjawab persoalan netizen mengenai konflik di antara View Chin dan isterinya, Ah Moi.

Menurut Mira ataupun nama sebenar Amirah Firdaus, tidak semua yang didedahkan oleh isteri usahawan tersebut adalah benar dan dia juga mempunyai cerita tersendiri, namun pilih untuk tidak memberitahu kepada umum.

Sewaktu netizen mendakwa dirinya adalah skandal View Chin, Mira membetulkan individu tersebut dengan berkata bahawa jejaka tersebut adalah teman lelakinya.

Dalam pada masa yang sama, Mira bertanya kepada netizen sama ada sudah memohon maaf kepada dirinya ataupun belum kerana sudah menabur fitnah.

Bahkan, wanita tersebut turut bertegas bahawa dia bukan punca pasangan itu bercerai dan mula menjalinkan hubungan dengan View Chin setelah lelaki itu berpisah dengan isterinya.

Sekadar info, nama Mira mula menjadi sasaran kecaman netizen setelah didakwa menganggu rumah tangga View Chin dan melakukan hal terkutuk dengan influencer tersebut.

Sumber:Beautifulnara

Continue Reading

Hiburan

Dah ada geng! Ramai terhibur lihat konten Adira Suhaimi dengan madu tersayang

Published

on

By

Keakraban penyanyi Adira Suhaimi atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi bersama madunya, Datin Red sentiasa menjadi inspirasi ramai terutamanya dalam golongan wanita.

Mana tidaknya, mereka telah menjadi contoh bahawa hidup bermadu tidak menjadi asbab putusnya sesebuah silaturahim demi menjaga kebahagiaan rumah tangga meskipun berkongsi kasih sayang.

Bagaimanapun, baru-baru ini, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Adira di laman TikToknya, dia telah membuat konten bersama madunya telah mengejutkan ramai.

Mana tidaknya, pada kebiasaan selebriti yang berusia 32 tahun itu sering membuat konten bersama anak-anaknya namun, pada kali ini agak berbeza berbanding dengan sebelum ini.

Maduku bukan madumu

Dalam video berdurasi pendek itu, Adira sedang berjalan-jalan bersama madunya di sebuah lorong kecil sambil mengunyah gula-gula getah beserta kapsyen ‘maduku bukan madumu’ telah berjaya mencuit hati netizen.

Semoga sentiasa bahagia selalu!

Susulan itu, ramai yang mendoakan agar Adira dan madunya sentiasa bahagia bersama keluarga serta mendapat perlindungan Allah selalu.

Sekadar info, Adira telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.

Sumber: TikTok @Adira Suhaimi

Continue Reading

Hiburan

(VIDEO) Jumpa Jejaka Dari Aplikasi ‘Dating’, Qistina Raisah Dikritik – “Kau Kecik Lagi Dah Gatal!”

Published

on

By

Pelakon remaja, Qistina Raisah menceritakan bahawa dia pernah menyukai seseorang selama dua tahun namun perasaannya itu tidak berbalas.

Enggan terus kecewa, pelakon berusia 14 tahun itu kemudiannya meluahkan rasa teruja apabila dia telah berjumpa dengan seorang jejaka baharu melalui aplikasi ‘dating’.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Qistina atau nama penuhnya Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri dilihat meluangkan masa bersama jejaka berkenaan.So, ni first meet kitorang. Jom teman I jumpa dia, pergi beraya!

Bukan itu sahaja, pelakon drama Papa Ricky itu turut memaparkan momen-momen manis sepanjang perkenalannya dengan jejaka berkenaan.

Bagaimanapun, perkongsian video tersebut telah mengundang rasa kurang senang orang ramai memandangkan Qistina baru berusia 14 tahun.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa bimbang apabila wajah jejaka berkenaan seperti sudah berusia 20an dan jauh lebih tua berbandingnya.

Dalam pada itu, ramai juga yang menasihati Qistina agar berhati-hati kerana usianya masih muda dan masih belum sesuai untuk memikirkan soal cinta.

Sumber:Beatifulnara

Continue Reading

Trending