Lama kami berdiam..’ AIif Cvrang? Akhirnya Bella dedah menangls di tempat umum

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tampil menyangkal spekulasi mengatakan suaminya, AIiffAziz bermain kayu tiga dengan wanita lain dibelakangnya.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah mengatakan dia dan suami sudah hilang sabar dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah portal memutarbelitkan situasi sebenar.

Kenyataan itu telah membuatkan ramai pihak salah faham dengan mengatakan rumah tangga mereka kini sedang bergolak kerana AIiff kembali berlaku cvrang.

Tegas Bella, AIiffAziz tldak cvrang, sebaliknya tajuk berita yang ditulis oleh sesetengah portal adalah tidak benar.

“Lama kami berdiam diri. Tetapi hari ini terpanggil untuk buat satu hantaran berkenaan headline (tajuk berita) dan artikel yang disebarkan dalam media sosial (Instagram, Facebook, Twltter dan YouTube) oleh kerana kami tidak ingin memberikan sebarang kenyataan,”katanya

Katanya lagi, mereka ini mengambil jalan mudah dengan menggunakan kenyataan Bella pada tahun 2019 dan disunting baharu.

“Penulis blog mengambil jalan mudah dengan menggunakan kenyataan Bella pada tahun 2019 dan disunting seolah-olah saya ada memberi kenyataan yang baharu. Inilah yang dikatakan fitnah,” luahnya.

Makin diam diri, makin menjadi-jadi. Aktres berusia 29 tahun itu meluahkan kekecewaan apabila ada pihak sanggup menabur fitnah apabila dia mengambil pendekatan berdiam diri selama ini.

 

Tetapi, kali ini dia tidak boleh berdiam diri, sebaliknya tampil memperjelaskan hal sebenar bagi mengelakkan keadaan semakin sulit dan disalaherti.

“Kami berusaha berdiam diri tapi makin menjadi-jadi. Ramai menyarankan kami untuk ambil tindakan dan saman tapi kami ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan.

“Bila kami selalu muat naik gambar bersama orang cakap jangan menunjuk sangat, tapi bila kami tidak kongsi, orang cakap kami bergaduh. Kerana dengan segala fitnah yang dilemparkan sedikit sebanyak menganggu kerja kami,” jelasnya.

Dalam pada itu, Bella juga berharap agar semua pihak berhenti menyebarkan fitnah dan memberi ruang kepada mereka untuk bertenang serta fokus mencari rezeki.

“Kami suami isteri sekarang sibuk mencari rezeki, membesarkan anak-anak yang sudah mula bersekolah dan sedang menjalani rawatan. Minta tolong jasa baik anda semua untuk hentikan penyebaran cerita yang tidak berasas ini,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Bella Astillah dan AIiff Aziz telah bernikah tahun 2016 dan dikurniakan Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber : oh my media

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *