Syukur Mereke memahami..’ Reaksi Syamsul slepas jumpa keluarga mertua baru buat ramai tk sangka

Saat ini, Syamsul Yusof hanya mampu bersabar terhadap segala cacian yang diterima sejak tampil berani mengumumkan pernikahan dengan Ira Kazar Di Thailand. Yang berlalu biarkan berlalu, kini pengarah terkenal tersebut sedang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk memuaskan hati semua pihak.

Biarlah sampai ke bulan sekalipun, ia tiada makna kalau tiada restu Mama. Dalam temubual ekslusif bersama portal Harian Metro, pelakon filem ‘KL Gangster’ akui sedia maklum mengenai kekecewaan Datuk Yusuf Haslam dan Datin Patimah Ismail.

Katanya walau perlu menunggu lama sekalipun, dia sanggup setia menantikan restu daripada ibu ayahnya satu hari nanti.

Yang paling penting ialah mama saya. Mama, restu mama adalah paling penting dalam hidup Syamsul ini. Biarlah terbang sampai ke bulan sekalipun is tidak ada makna tanpa restu mama. Kalau restu itu harus Syamsul tunggu, maka akan Syamsul tunggu sampai bila-bila.

Ayah, tangisan ayah di TV bukan mudah untuk Syamsul tonton. Terima kasih ayah kerana seolah-olah masih ada perasaan yang ayah barangkali memahami dan merestui. Namun itu bukan bermakna Syamsul puas hati begitu saja kerana Syamsul akan berusaha untuk mendapat restu ayah satu hari nanti. Insya-Allah.

Kalau nak benci, benci saya je…Jangan katakan benda tak manis pada isteri, anak, mama & ayah.

Selain itu, Syamsul turut akui perjuangannya untuk mendapat keizinan Puteri Sarah bukanlah perkara mudah sebalum mereka memilih untuk nikah di Thailand. Biar apa saja cacian orang luar, artis berusia 38 tahun ini sedia menerimanya 100% asalkan ia tidak dilemparkan kepada 2 isteri serta 2 anaknya.

Bagaimanapun, proses kita tidak semudah itu dan untuk meyakinkan isteri pertama juga tidak semudah yang kita semua sangka.

Saya sedar ada yang terluka dengan keputusan ini, tetapi saya juga yakin bahawa akan tiba masanya nanti mereka akan menerimanya.

Buat masa ini, tak mengapalah saya dihentam, dikritik dan dibenci, tetapi biarlah saya yang tanggung semua ini. Saya harap sangat janganlah isteri-isteri saya yang jadi sasaran untuk dicerca atau menjadi bahan tohmahan. Biar saya sendiri yang terima semuanya.

Saya juga ada dua anak menerusi perkahwinan pertama iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Saya pinta ‘bantailah’ saya sebanyak mana pun, tetapi saya sentiasa akan berusaha untuk mempertahankan anak-anak saya juga.

Saya tahu dan saya sedar dengan pelbagai kata-kata yang dilemparkan kepada saya. Saya pinta satu saja. Segala amarah itu tujukan kepada saya saja. Kalau nak salahkan, salahkanlah saya. Kalau nak dibenci, bencilah saya. Janganlah dikatakan apa-apa yang tak manis terhadap isteri-isteri saya, Puteri Sarah dan Ira Kazar.

Jangan dikata apa-apa yang tidak manis terhadap mama dan ayah saya. Janganlah kaitkan anak-anak saya dalam perkara ini. Mereka sudah makin dewasa dan mereka juga tahu membaca.

Sumber : erinsakura

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *