Jagalah isteri yang satu dengan baik” – Nasihat Terbaru Edika Yusof Buat Ramai Setuju. ‘Memamng Deep’

Selepas pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof membuat pengakuan mengenai pernikahannya dengan Ira Kazar semalam, kisah mereka menjadi antara topik terhangat di media sosial sehingga sohor kini di Twitter.

Tinjauan  di Twitter mendapati, nama Ira Kazar menduduki carta pertama senarai ‘trending’ dan diikuti Syamsul Yusof di tangga kedua.

Masing-masing meraih lebih 25,000 ciapan

Dalam pada itu, kisah tauldan dari rakan-rakan artis dalam menjaga rumah tangga mereka turut menjadi perhatian netizan. Antaranya kisah bagaimana kesetian Edika Yusof

Jagalah isteri yang satu dengan baik”

KUALA LUMPUR: Pengalaman melihat kesukaran ibunya membesarkan anak-anak selepas diceraikan membuatkan pelakon, Edika Yusof bertekad untuk terus mempertahankan kebahagiaan rumah tangganya.

Kata pelakon berusia 55 tahun itu, dia faham perasaan seorang isteri yang terpaksa berkongsi kasih dan berusaha untuk terus memberikan kebahagiaan kepada isteri, Nor Hidayah Yusri dan tiga anaknya.

“Bapa saya berkahwin lebih daripada satu dan ada juga saudara lelaki terdekat melakukan perkara sama. Apa yang saya lihat, bukan mudah bagi seorang suami yang berkahwin lebih daripada satu untuk memberikan keadilan menyeluruh kepada isteri dan anak-anak mereka.

“Saya melihat bagaimana sukarnya ibu membesarkan kami adik-beradik selepas diceraikan bapa.

“Sukar untuk saya ulas tentang perkara ini kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Tetapi, apa yang boleh saya katakan jagalah isteri yang satu dengan baik.

“Letakkan diri kita dalam situasi, hati dan perasaan mereka. Sekiranya seseorang lelaki itu ditakdirkan berkahwin dua, mereka kena betul-betul berlaku adil,” katanya yang ditemui selepas sesi pratonton drama bersiri, Projek High Council, semalam.

Pelakon Maria Mariana ini pernah menjadi inspirasi ramai selepas kisah kesetiaannya menjaga Nor Hidayah yang lumpuh separuh badan tular, sedikit masa lalu.

Kata Edika, timbul kerisauan dalam dirinya apabila ada pihak yang datang dan meminta pandangannya berkenaan isu rumah tangga pengarah, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang sedang tular.

“Memang risau apabila orang rujuk kepada saya tentang kisah rumah tangga orang lain. Saya bukan malaikat, hanya seorang suami yang mahu menjaga isteri dan anak-anak dengan baik.

“Sebagai suami, memang terasa tempiasnya apabila kisah begini diperkatakan ramai. Saya kena berhati-hati, pastikan hanya keluar dengan kawan-kawan lelaki bagi mengelakkan fitnah.

“Apa yang saya buat adalah untuk keluarga, bukan untuk orang lain,” katanya lagi.

Disoal tentang rahsia keharmonian rumah tangga, kata Edika, pasangan suami isteri perlu saling memahami dan jujur antara satu sama lain.

“Kami sama seperti pasangan lain, ada masa berselisih faham dan menyebut perkataan yang kami sendiri tidak suka ketika bergaduh. Tetapi, apa yang kami buat adalah berbincang dan cuba mencari penyelasaian kepada masalah yang timbul.

“Saya tidak mahu kongsi hal rumah tangga di media sosial. Perkara itu terlalu sensitif dan yang menanggung kesannya adalah anak-anak kerana mereka menjadikan ibu dan bapa sebagai contoh,” jelasnya.

kredit: utusan

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *