Dah buat Iaporan p0lis, Masing2 dh beranak pun tk puashati, Intan teg0r bekas madu?

Usahawan dan selebriti, media sosial, Intan Saleh terkilan terhadap seorang individu yang didakwa cuba menjaja kisah peribadinya walaupun dia telah menamatkan status ibu tunggal sejak setahun lalu.

Menerusi satu luahan di InstaStory, Intan mendakwa individu tersebut seolah-olah tidak berpuas hati dengan menjadikan ‘aib‘ sebagai modal sekali gus tercetusnya konflik antara kedua-dua pihak.

“Kau nak apa sebenarnya ek? Aku ada kacau hidup kau ke? Aku ada rampas apa-apa daripada kau ke? Aku amik tahu hidup kau ke? Aku tak pernah amik tahu hal kau dan apa aku buat tu urusan aku.

“Sekarang aku dah kahwin pun tak habis-habis sibuk hal aku. Eh malah kutuk pulak suami aku. Apa sebenarnya kau nak? Sebar aib aku? Kalau tu yang kau puas hati buat la.

Macam la kau tak bercerita pasal aku dengan pengikut dan kawan kau.. puas? Tak puas lagi kan selagi aku tak duduk terjatuh, selagi orang tak tahu cerita aku.

Dah 2023 takde modal lain ke? Aib aib aib. Bercakap macam sendiri takde aib. Cerita kau dari awal, apa kau buat semua tu.. aku tahu. Ada aku pernah ugut kau?,” tulisnya pagi tadi.

Pada luahan sama, Intan menjelaskan dia mempunyai sebab tertentu mengapa enggan memaafkan individu berkenaan kerana orang ramai tidak mengetahui kisah sebenar yang dihadapinya.

“Orang tanya aku kenapa tak maafkan? Sebab cerita disebalik tabir orang tak tahu apa aku hadap. Hal peribadi aku yang takde kena mengena pun dia sibukkan. Mengugut aku tak sudah-sudah.

“Selama ni bila aku nak menjawab, orang cakap dah tak payah layan. Tulis sikit pun aku yang kena balik. Apa je Intan ni boleh buat? Tak boleh buat apa tapi dorang seronok pumpang hal aku,” katanya.

Bagaimanapun, usahawan berusia 37 tahun itu tidak mahu terlalu ‘melayan’ isu terbabit kerana lebih mementingkan kesihatan mentalnya selepas beberapa tahun memendam rasa.

Aku sendiri malas nak layan, nak jaga mental aku. Tapi aku dibuli dihina. Korang rasa mental aku macam mana? Berapa tahun la aku hadap. Orang kata cukup la benda dah lepas. Aku dah tapi mereka?,” ujarnya lagi.

Namun begitu, dia tidak menyebut nama sebarang pihak berhubung luahan tersebut sekali gus pasti menimbulkan tanda tanya pengikut di Instagram.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati, Mohd Aizam Yahya pada Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ayyaz yang kini berusia empat bulan.

Intan juga pernah berkahwin dengan pemuzik bebas, Ude Wahid pada 2017 dan sempat bermadu dengan pelakon Izreen Azminda namun bercerai pada 2018.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang anak lelaki iaitu Arish Muqri, 9, dan Ariq Muqri, 6.

Sumber : oh my media

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *