Walaupun sedang mengharungi kemelut rumah tangga, pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana dilihat tetap optimis dan terus melakan kegiatan harian seperti biasa.
Dia yang sering berkongsi konten mempromosikan produk secara berbayar telah berkongsi cerita di mana telefon bimbitnya terjatuh.
Handphone terjatuh pulak. Dalam kapsyen yang disertakan, Puteri Sarah mengatakan yang telefon itu ibarat nyawa kerana sangat penting untuk dirinya lebih-lebih lagi urusan pekerjaan banyak disimpan di dalam peranti tersebut.
View this post on Instagram
…Phone Sarah jatuh tadi. Phone tu ibarat nyawa Sarah…Tapi tak jadi I nak sedih ebab dah replace phone baru…” tulis pelakon itu.
Semua pakat risau bukti. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meminta pelakon Sabarlah Duhai Hati itu supaya membuat ‘backup’ agar segala bukti berkenaan isu yang sedang tular dapat diselamatkan.
Puteri Sarah juga sempat membalas beberapa komen dengan mengatakan sudah membuat salinan dan semua bukti berada dalam keadaan selamat.
Pendedahan Puteri Sarah Liyana berkenaan rumah tangganya yang diganggu oleh orang ketiga telah mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila dia sendiri mendedahkan kepada umum gangguan yang diterima daripada pihak ‘penyondol’.
Selepas beberapa penafian, akhirnya, suami kepada pelakon itu, Syamsul Yusof mengaku telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.
Sumber : oh my media