Gambar honeymoon satu..’ Kembali aktiv di lG, Sekali Gambar ni jadi tumpuan

Sebelum ini, Instagram Ira Kazar dipercayai hilang dan berkemungkinan ia dinyah aktif oleh Ira sendiri susulan kontroversi yang melanda dirinya dengan Syamsul.

Terbaru, Ira Kazar dipercayai membuka satu akaun Instagram @Irakazarofficial. Menerusi Instagram tersebut, Ira menulis bio ‘Dont Disturb me’. ‘Im Happily Married’. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Ira juga dilihat memuat naik gambar suaminya, Syamsul beserta beberapa kapsyen ‘sweet’.

Lebih mencuri tumpuan, Ira meminta ‘haters’ supaya jangan mengambil ketenangan hidupnya. Tambah Ira, ketenangan itu hak milik mutlak peribadi.

Di samping itu, Syamsul dan Kazar juga dilihat mengikuti (following) akaun tersebut.

Perkembangan mahkamah, Tuntutan saman sivil dibuat pelakon, Puteri Sarah, yang mendakwa Ira Kazar mengganggu rumah tangganya, tidak terbatal walaupun wanita itu disahkan sudah bernikah dengan suaminya, Syamsul Yusof.

Peguam, Nor Zabetha Muhammad Nor, berkata isu saman sivil yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan tetap berjalan.

“Berkenaan dengan isu saman sivil, ia dibuat kerana gangguan, tulisan atau muat naik luahan Ira Kazar yang dikatakan satu bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform.

“Jadi, seperti yang dilaporkan oleh media dan kenyataan Puteri Sarah, bicara kes akan berlangsung pada Ogos 2023. Jadi, untuk tuntutan ini yang disebabkan penulisan dan gangguan, masih akan diteruskan.

“Perkahwinan itu tidak akan menggugurkan kes sebab tuntutannya mengenai perkara yang berlaku sebelum ini, terhadap Puteri Sarah,” katanya.

Mengulas aduan dibuat Puteri Sarah ke pejabat agama terhadap Ira Kazar, yang sebelum ini didakwa kekasih suaminya, Nor Zabetha berkata, implikasinya masih sama, ia tidak akan digugurkan walaupun wanita itu sah menjadi isteri kedua Syamsul.

Apabila aduan dibuat, jabatan agama akan buat siasatan sama ada terdapat elemen kesalahan iaitu contohnya, Ira Kazar sebagai pihak ketiga yang menyebabkan keruntuhan kepada perkahwinan. Misalnya sehingga Syamsul menceraikan isteri atau mengabaikan tanggungjawab.

“Kalau cukup elemen, maka jabatan agama akan menyerahkan kepada pendakwa syarie untuk dakwaan di mahkamah.

“Memandangkan kes ini belum pun didakwa di mahkamah, barangkali ia dalam peringkat siasatan lagi. Jadi, kes ini masih disiasat. Tidak akan digugurkan kerana Ira berkahwin (dengan Syamsul),” katanya.

Beliau menambah, jika ada bukti mencukupi menunjukkan Ira Kazar menjadi punca dan penghalang hubungan Puteri Sarah dan Syamsul, kes akan diteruskan.

“Jika terdapat pembuktian bahawa Ira menyebabkan perpisahan terjadi di antara mereka (Syamsul dan Puteri Sarah), jadi kes tidak akan digugurkan dan berkemungkinan akan diteruskan dengan dakwaan,” katanya.

Sumber : ohbulan

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *