Adab Mana? Zarina Zainuddin Adalah Icon Bermadu yang Patut Dicontohi Ira Kazar

Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, 39, akhirnya meleraikan spekulasi apabila mengesahkan berkahwin dua dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand. Syamsul berkongsi berita gembira itu menerusi video dimuat naik dalam laman Instagram (IG), sebentar tadi. Majlis akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

“Saya bergelar suami Ira dengan berwalikan bapanya, Kazar. “Ira kini sah menjadi isteri saya di sisi syarak dan Allah,” katanya.

Syamsul mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang bersabar menanti perkembangan terbaru termasuk isu rumah tangganya. “Penghujungnya, saya kena beri penjelasan terhadap setiap persoalan.

“Seperti dikatakan, saya akan meletakkan titik noktah terhadap isu rumah tangga yang tidak sepatutnya di kongsi dalam media sosial, tetapi nak buat macam mana. “Saya bernikah secara sah dengan Ira di Thailand. Ada sebab saya memilih berkahwin di sini bagi memudahkan beberapa perkara. “Perkahwinan kami juga sudah didaftarkan, syukur Alhamdulillah,” katanya menerusi video berkenaan.

Perkongsian penuh dari chanel kokoci tv.

Terdahulu, PELAKON Zarina Zainuddin, 48, mengakui dia sudah 25 tahun menjalani hidup bermadu dalam suasana harmoni dengan isteri pertama suaminya.

Ibu empat anak itu memberitahu dia setuju menjadi isteri kedua selepas bertemu dan meminta restu daripada isteri pertama untuk berkongsi suami.

Saya dahulu, ketika mahu bernikah dengan suami tidaklah merampas hak orang. Sebaik suami ajak berkahwin, saya minta padanya untuk bertemu dengan isteri pertama.

Ketika itu, niat saya mahu berkongsi kasih dan sudah jodoh dengan suami orang. Jadi, saya kena berani bertemu dengan isteri pertama suami untuk meminta restu. Pelakon dan usahawan pulut kuning terkenal, Zarina Zainuddin mengucapkan terima kasih pada madunya Datin Seri Noorhasimah kerana menghadiahkan set gelang tangan berlian yang mewah kepadanya sebagai hadiah lahir lahir.

2 Tahun Simpan Hadiah Pemberian Madu. Menerusi muat naik Zarina di Instagram nya, pelakon ini mendedahkan sebenarnya hadiah tersebut diterimanya pada dua tahun lalu sebagai hadiah hari kelahiran. Disebabkan rasa sayang nak potong dan memakai gelang mewah tersebut, pelakon ini membuat keputusan untuk menyimpannya.

Namun setelah dinasihati suaminya Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar, akhirnya Zarina membuat keputusan untuk memotong set gelang tersebut dan baki selebihnya dijadikan cincin.

Sumber : kokoci tv

About admin

Check Also

Akhirnya SAH bergelar suami isteri, Nad Zainal k0ngsi majlis prnikahan. Ini sbb rahsiakn prnikahan

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram masing-masing mengundang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *